Sunday, August 19, 2012

ogos 19

 
Ahad - SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saja je tak masuk sini awai2 ..ingat nak cuti la sbb raya. Bangun Subuh berjemaah dgn onbumah & anak2.. terus 'beraya' - salam2 hulur duit - itu je yang org muda sekarang faham gamaknya... ucap pun tak ada lagi minta ampun minta maaf... selamat hari raya je... nak kena betulkan ni. Lepas makan sikit... siap ke masjid untuk solat sunat aidil fitri. Pengerusi kena bagi ucapan sikit la. Selesai 9 lebih... tolong bendahari kira duit kutipan .. dpt RM1500. Balik dah 10 lebih... siap2 nak keluar ke Chemomoi... 11 lebih bergerak keluar melalui Genting - singgah makan2 rumah pengusha kantin- kak yah - singgah btg kali ambil air biodisk-- sambung perjalanan sampai destinasi 2 ptg.  Lepas solat. makan2.. sembang2... keluar sebelum 4 ptg- menuju ke Temerloh pula..singgah rumah Farihan x-kisas. Jauh juga dari Chemomoi... sampai dah 6 lebih. Lepas makan2.. sembang2... sambung perjalanan.. cadang nak ke Raub rumah kawan anak 3... perjalanan yang mencemaskan... sbb dah malam. Melalui jalan lama malam gelap ..sunyi tak ada kenderaan lain... tetiba rumah yang nak dituju orangnya tak dpt dihubungi. Ambil jalan Bukit Fraser ke kkB.. lagi kecut perut.. jln bengkang bengkok..gelap..sunyi.. akhirnya sampai ke gap. Singgah solat isyak-maghrib....teruskan perjalanan sampai rumah 10 mlm. Kalau pergi Raub ...lagi seram kalau nak balik. Apa pun semuanya selamat ...alhamdulilah.. nak siap2 masuk tidur la pulak.
suka lagu ni....  http://youtu.be/SvkuqMVmj9k

nak beli tanah/rumah? nak jual tanah/rumah... call 011-15439634

No comments:

Post a Comment