Wednesday, November 28, 2012

Kembara Siri 4 - Kampuchea

Rabu. 28.11.12 - kembara ke Kampung Cham, Kampuchea melawat Sekolah Islam Kampuchea bermula sebentar lagi. Flight pukul 3.00 ptg tapi rakan bersama Ketua Unit UPK KKB Hj Soin nak keluar awal - naik komuter KKB-KL Sentral - naik bas shuttle ke LCCT - dijangka jam 1 - boleh santai2.. makan - solat - seblum naik pesawat. Sehingga itu... come what may!!!


Naik komuter 9 pagi...tengok sandal salah pakai. Sampai sentral 10 lebih.. naik bas shuttle ke LCCT. Ada food court rupa di hujungnya.. pekena laksa RM6'00. Check in luggage berat 23kg kena RM505,00..bayar la juga kalau tinggalkan pun kena surcaj juga. Penerbangan ke phnom penh mengambil 1jam 40 minit... tapi sampai sana 4.10 ptg.. (berlepas 3.30) -kira2nya jam cuma 40 minit... mengejar masa ke belakang. Terbang atas awan pun ada turbulance .(cuaca tak elok).                                                                              
Landing time 4,05ptg. Check out kat imigresen clear. Sampai kat kastam tersangkut sbb tak isi borang declare barang... tapi tak lama.. isi borang ..clear. Ustaz dah tunggu dengan teksi Camry...menuju ke Kampung Cham. Pukul 5.30 dah nak gelap...kul 6 dah maghrib.. masih atas jalan. Driver bawa mcm pelesit..Jalan elok separuh ..rosak sedang dibaiki lebihnya. 2 jam lebih perjalanan tak ada langsung kedai makan halal. Nak berhenti kencing pun susah...stesen minyak tak ada tandas. Berhenti sekejap kat rnr...kencing je makan tak ada. Akhirnya sampai juga ke Hotel Mekong dah 8 lebih (9 kat Msia) Makan nasi lauk tomyam, daging sup, daging masak apa tah...  anak lelaki ustaz yg masak. Sembang2 lagi sampai masuk tidur 10lebih. Hotelnya lauas ruang ke bilik jadi ruang himpunan.. bilik 222.. ada aircond..shower takbrapa  panas... ada berus & ubat  gigi...sabun besar ibu jari tangan. Kira ok la...... tidur nyenyak juga.
29..11.12 -subuh 4.40 pagi... sempat amalan harian.. kul 7 kluar cari sarapan. Ada satu je gerai jual nasi ayam halal.. pekena kuihtiau tapi bihun laksa sup daging... kureng sikit.. lepas tu check out.. naik keta lagi ke kampung ustaz...lagi 2 jam perjalanan. 3/4 jln kena naik moto pulak... lalu jalan berombak2...mcm nak kuda.. nak kencing/berak pun masuk balik. Sampai akhirnya 10.30 pg.... sembang2 makan buah-candy-pulut kacang tanah balut mcm lepat. Kul 11.40 dah masuk zohor... solat kat masjid kampung ni.. lps tu tinjau2 keadaan sekelilng sambil sedia untuk sembelih sekor lembu. Dah tu tak tau nak buat apa...rehat dlm bilik panas & gelap ni sambil update.. Lepas asar ada jamuan daging...semua acara selesai siang... mlm tak ada letrik... ada pun kat rumah pakai generator.                            
Jumaat-30.11.12 - kluar  dari kptg ustaz 7.30 pg...terus ke nom pen..sampai 11.40..ngam2 masuk waktu zohor.. sempat siap2 jumaat kat masjid depan guest house ariffin.. tunggu punya tunggu 12.lebih baru khatib naik khutbah..cakap cham le. Lps solat jumpa menteri sosial kemboja...citer2 pasal nak beli tanah kat sini. Dah tu makan kat restoran bawah hotel ni... nasi lauk syur campur, telur dadar, tomyan dan ikan tilapia masak 3 rasa - baru 45000 real= rm45 je 3 org makan..murah tu!!! Lepas tu pusing2 naik tut-tut ..pi tengok tmpt pol pot bunuh orang awam... killing field...sampai 5 ptg..singgah pasar cari ikan masin haruan... cari baju/t-shirt... habis 100ribu real..balik ke hotel... santai kejap seblum maghrib. Lepas makan malam jln2 kaki je tawaf keliling blok hotel. Sembang2 lagi dgn imam masjid nompen.. korek citer pengalaman zaman pol pot.. masa tu umur dia 40+..lani dah 80+... tapi orgnya amalkan wahabi.. lantak le tu hak dia. Masuk tidur 11 lebih.. dlm bilik kecil tapi kira ok la.. cuma 12 dolar.
Sabtu - 1.12.12 - lepas subuh pukul 4.30 pagi.. siap2 berkemas nak bertolak ke lapangan terbang. Flight 8.30 pagi.. pekena sarapan dulu... tapi awal sgt blum ada apa nak dimakan. Apa pun hj soin order nasi goreng..rasala sepiring je. Naik tuttut lagi ke airport. Sampai sebelum 8 pagi..check in agak slow org sana kerja. Kat imigresen lepas lalu..tapi ada org2 diminta tips.. Hj Soin bagi 600reel je=60sen.. pun diambil. Ada yang bagi RM5..dia minta merah punya RM10. Apa pun waktu tu pesawat dah nak terbang baru dibenarkan masuk..10 minit je bergegas masuk.. ada yang tak lepas kat kaunter imigresen apa citer tak tau le. Flight berlepas  8.45 pagi..1 jam 40 minit..tapi sampai LCCT 11.10 pagi. Sedang pekena makan tgh hari... Hj Soin order laksa 2 mangkok dah bayat..kuahnya tak siap lagi... makan kentang goreng KFC je. Dalam pada tu dpt sms beras yg stroke 2 bulan lalu dah meninggal. Dari airport naik shuttle ke Sentral.. berpisah dengan Hj Soin sbb kena ke kramat terus ziarah jenazah. Naik LRT je dari KL Sentral sampai stesen jelatek. Kira masih awal... jenazah belum dimandikan.. jadi sempat le ke masjid untuk mandi dan solat. Urusan jenazah selesai lepas asar.. tunggu sampai lepas tahlil mlm tu baru bertolak balik ke KKB.. sampai rumah 12 lebih. Berakhir satu lagi pengembaraan untuk akhir bulan November dan awal Disember.

1 comment: