http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Tuesday, February 7, 2012
7 Feb
Selasa - masih cuti -hari ni taipusam. Dah balik ke KKB.. nak singgah Sitiawan tak jadi. Nak settle beberapa perkara pagi ni... urusan sekolah dan urusan lawatan...come what may!!! Sebelum keluar dari rumah..keluar dulu cari makanan untuk anak2... dpt nasi lemak je. Dah tu keluar semula untuk ke sekolah.. singgah kedai makan dgn ongumah (nak sambung kerja semalam tak selesai kat bilik seni)....pekena lontong je. Ni dari bilik server sekolah - nak siapkan dokumen kehadiran esok, nak siapkan dokumen2 lain.. nak singgah ke pasar peladang nak naikkan iklan lawatan. Sampai kat sekolah sblum 9 pagi.. dah siap cetak kehadiran untuk minggu ni. Nak pi letak kat bilik guru tengok CC dah siap pasang punch card. Kononnya semua dah tahu perubahan ni... keputusan mesy JK Pengurusan khamis lalu. Lantak le... nak aku kisah. Tengok je la esok mcm mana penggunaannya.. .dan komen2nya. Selesai cetak mencetak dokumen, pergi ke pasar peladang selesaikan perkara dengan Sarit (penyelia pasar). Balik semula duduk pulak kat dlm bilik seni. Download selawat nabi dan keramat.... kena blog kat apa yes ni ..atau dah habis kredit. Tukar pakai boradband celcom. Tak habis kerja dah nak balik. Sampai rumah dah masuk waktu zohor.. tak makan pun..ratah sayur dgn ikan je. Lepas solat baring2 sampai hampir 6 ptg. Lepas asar buka nb nak buat laporan kebun upk... tak jadi sbb tak ada program photoscape.. nak kena cari kat CD. Dah masuk maghrib pulak.. ke masjid untuk isyak. Lepas tu ada bincang2 lagi pasal aktiviti hari Sabtu nanti. Balik dah 10 lebih... tengok tv sat sebelum masuk tidur 11.30 mlm.
Monday, February 6, 2012
Feb 6
Isnin - melapor dari Penang. Sampai. semalam 12 tgh hari.. sempat hadir majlis akad nikah.. sempat pergi IT Fair di PISA. Hari ni jap lagi nak keluar cari sarapan,, hotel tak sediakan ... cofffee house pun tak ada kat sini. Cari kedai mamak je la nampaknya. Pukul 10 lebih nak kena chechout... terus ke tempat walimatulrurus. Orang India pun tengah sibuk urus juga.. sambutan taipusam. Semalam dah riki jln ke dewan majlis nak diadakan, betul2 dengan laluan sambutan taipusam. Dah ada 2-3 khemah/gerai depan dewan. Walaupun jalan tak ditutup tapi pasti jem teruk punya... kalau murugan depa tgh lalu masa tu..kena la follow kut belakang. Tak ada jalan lain dah nak menghala ke sana... come what may la kan !!! keluar sarapan kat PELITA - pekena roti capati/canai -RM1.50 sekeping dah... air halia kosong pun RM1.20. Lepas tu jln2 tengok bangunan lama.. ada Masjid Pakistan- nak kait dengan citer Subky Latif dlm Anak Apak... ada Sun Yat Sen Center...tak tau apa fungsinya. Balik ke bilik sementara tunggu 10.30 pagi..sambung layan RL6. Check out pukul 11 pagi... sampai Dewan Penyayang Jln Utama Pulau Pinang- sebelah rumah gabenor PP. Tak ramai yang sampai - sedara2 je tengah siapkan tempat. Makanan pun belum sedia lagi. Sembang2 dulu... cerita2 lama- hubungan keluarga. Tapi susah nak absorb.. biarkaniaberlalu - lain kali jumpa citer lagi. By 12 dah mula makan.. boleh tahan masakannya - nasi briani, daging kicap pedas, ayam kari, dalca sayuran,timun salad kuah kacang. Rasa macam nak tambah makan tapi dpt kawal diri hingga ke akhir waktu. Bergerak balik lepas 1.30 ..pengantin pun dah lama sampai. Sedara2 lain tgh sibuk nak merinjis pengantin. Singgah kat Petronas solat zohor-asar... pastu terus bertolak balik. Semalam rancang nak singgah kat Sitiawan jumpa Cikgu Koya - depa ada buat makan2 ikan bakar mlm semalam - tu yang ingat nak singgah hari ni... tapi rasa letih sgt. Kalau sampai sana pun dah lewat petang. nak bermalam di rumah Cikgu Koya pulak...lain kali je la. So terus je pejalanan sampai rumah sebelum 6 ptg. Rehat2 seblum maghrib... terus ke Isyak...terus rehat2 depan tv. Masuk tidur 10.30 mlm. Minum kopi makan kek tapi tak kek dgn kopi tak ngam rasa....nak buat camne?!?
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Sunday, February 5, 2012
Feb 5
Ahad - rancang pagi ni nak bergerak ke Penang puluk 7 pagi. Semalam ada yang tak nak ikut sama tapi tak maklum awai2.. jadi masa berlalu... baru nak mula buat kerja sambil tunggu ntah pukul brapa nak bergerak.. anak 2 dah siap. Terpaksa tangguh kerja dan siap keluar dari rumah 8.30 pagi ber2 saja. Anak 2 bawa kereta. Dari mula bergerak sampai ke Sungai Perak baca paper habis dari muka ke muka. Try akses net pakai YES mobile.. dapat laju je tak putus sampai jambatan PP. Terpaksa stop sebab nak tunjuk jalan bila dah masuk penang. Tapi rasa puas hari la guna YES ni. Dah masuk pulau ni nak cari tempat penginapan. Call kakak tanya kalau ada hotel /motel yang berdekatan. Dah singgah kat Heritage 1936.. full house. Kakak rekomenkan Hotel Grand Paradise kat Jln MacAlister. Kebetulan tengah runding booking bilik untuk program yang nak diadakan. Kakak call pengurus hotel booking.. jadi sampai terus checkin .baru pukul 1 blik nombor 705. Bilik 2 katil single bed, ada tv astro, aircond... 3 bintang la itu. Ada org lain dah booking awal2 disuruhnya checkin pukul 2 juga. Mungkin bilik belum kemas gamaknya. Lepas zohor-asar, keluar semula ke kampung syed (kelawai) untuk majlis akad nikah anak kepada kakak punya kakak ipar.. anak buah dia le tu. Sampai keat rumah tu sebelum pukul 3.. rombongan pun sampai tak lama lepas tu. Selesai sebelum 4 ptg.. makan2 sembang sampai 5 lebih.Pekena baikpunya nasi briani ayam - rotu 2potong cicah masakan arab bohemia - mcm jari tapi bukan kari cuma banyak bendi. Kira sudah silap la sikit makan nasi bukan dan lauk tu tapi da salad timun... dah biasa makan nasi taruk kuah.. jadi taruk kuah bohemia tu la. Mana nak tay lani dah masuk resepi dari Arab pulak kat Penang ni. Rupa mcm kari.. pekena dengan nasi la. Tapi tak lepas juga makan roti dan kuih2 melayu yang dah lama tak makan. Kuih lompang ada (mcm kuih kesui tapi dibuat bulat2 kecik, bengkang tepung+kacang ada, karipap inti baik punya pun ada. Lepas makan pukul 4 ..ulang2 makan kuih2 buat minum petang pulak. Teh tarik +sirap tak sentuh... dok cari air suam/mineral tak ada secawan pun. Tak minum la selama tu. Minta diri dah hampir 6 ptg.. terus ke PISA ada IT Fair. Beli 2 barang RM10 (vakum & ext 4 usb), beli kertas glossy, dah tu tunggu lelong tepat 7 mlm, Bid untuk beli speaker usb RM40..ada orang sampai 60 lebih. Semua barang dilelong dengan harga mula RM1 - 4Gthubmdrive, headphone, printer HP, speaker dan Ipad2. Ada India tu nak tunjuk lagak buka biding IPAD RM1K.. tukang lelong pun tegur sbb potong stim... dia nak drag sampai lama2 kot tapi dah start 1K..habis cepat orang bid sampai 13XX. Tak sampai 1/3 jam selesai lelong. Pusing lagi 1 round ..beli kertas.. terus keluar dan balik hotel. Lepas Isyak-maghrib teringat belum login kat sini... lepas update ni nak rehat dan tidur la.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Saturday, February 4, 2012
Feb 4
Sabtu - nak kena pi seminar di Kajang tajaan PIBG. Yang janji semua tak tepat.. kena la paksa anak2 ikut untuk ganti....come what may!!! Dah ajak guru lain ganti untuk pergi sorang pun tak nak. Ongumah sendiri pun tak nak.. nasib baik anak 2 tak reject. Last minit member semalam setuju pergi pun ada hal. Terpaksa pulak kejutkan anak4 minta ikut. Pukul 8 lebih baru keluar dari rumah... ketua unit pula call nak bincang pasal lawatan. Singgah rumah di dulu. Dekat 9 pagi baru tuju ke Kajang. Cari Jln Reko pun habis dekat 1 jam... masuk ke bilik seminar dah dekat 11 pagi. Berhenti makan tghbari pukul 1 lebih.. solat kat petronas berdekatan. Masuk semula sambung lagi .. seminar pasal ScoreA je. Habis 5 lebih.. minum petang sembang2.. singgah asar kat petronas juga.. sampai rumah hampir 8 mlm. Baru lepas maghrib.. sambung ke isyak. Nak habiskan baca Anak Apak seblum nak masuk tidur awal sikit mlm ni.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Friday, February 3, 2012
Feb 3
Jumaat - lapor terus dari Dewan Gemilang Asrama. Lepas hantar ongumah & anak 5, terus ke asrama ni. Ada program motivasi untuk pelajar PMR yang dijangka cemerlang. Akses cantik dari sini... pakai YES. Semalam dimaklumkan org sana boleh pantau penggunaan YES ni. .elok la biar depa tau kerja guru bukan saja kat sekolah... dan bukan ikut waktu kerja. Ni ada banyak kerja tak beres untuk hari. Baru teringat buku rekod mengajar tak isi lagi... lepas program ni sempat ke nak buat... come what may!!!selesai kerja kat asrama sempat ke seklah lepas 11 pagi. Selesaikan dulu buat RPH..sempat la hantar. Ada yang nak jumpa pun minta jumpa ptg nanti. Yang nak hantar bekalan ubat pun tak jadi dtg. Balik mcm biasa. Lepas solat jumaat, ambil ongumah.. salin baju, keluar semula ke mesy jatikap. Mula 3.30 ptg..mana boleh nak tepat... ada je yang sampai lewat. Habis mesy 5 ptg... kemas itu ini jam 6 baru sampai rumah. Sempat asar... lepas maghrib baring terus terlena sampai 10.30 mlm. Bangun untuk isyak... baca Anak Apak sampai 12.30 masuk tidur.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Thursday, February 2, 2012
Feb 2
Khamis - sedang menanti seseorang untuk ke PKG Kg Soeharto.. sedangkan hari ni ada mesyuarat jk pengurusan. Terlepas lagi peluang nak bentang mcm. Lepas tu ada pulak taklimat program pagi esok.. nak kena siapkan slide show....come what may!!! Lepas 7.30 baru nak bergerak pergi.. sampai 8.45 pagi kat PKG Kg Soeharto. Kandungan bengkel berulang mcm tahun-tahun lepas.. tapi nampaknya Penyelelaras PKG Kalumpang ni ada vision sikit.. ada hajat nak selaraskan pengurusan makmal & ict... tapi tu la dokumentasi rasanya mcm yang kita-kita buat je sejak 10 tahun lalu. Tak kisah la untuk kebaikan bersama. Cumanya bolehka yang lain2 tu ikut dan akur dengan prosidur berjela2 yang dibentangkan. Selesai sesi hampir 3 ptg.... sampai KKB 4 ptg. Sempat zohor lepas tu asar... keluar jumpa bendahari upkkkb serahkan buku akaun. Balik rumah dah 7 mlm..baca Anak Apak sebelum solat maghrib. Lepas tu ke masjid isyak.. bincang2 dengan Setiausaha majlis maulid sabtu depan. Balik 9 lebih... tv dah tak sempat nak tengok 2-3 minggu ni... siapkan dokumen untuk mesy JATIKAP esok...nak online pun tak ada mood .. masuk tidur je 11 mlm.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Wednesday, February 1, 2012
Feb 1
Rabu - Sejak semalam kerja nak diselesaikan makin tertambah... slide presentation untuk PIBG blum start lagi (mesy 11/2/12), skrip selawat nabi untuk program maulidurrasul blum cari lagi (11/2/12), semak akaun upk blum selesai... seliseh 20sen je... kalau seliseh besar2 senang cari.. ni kecik2. nak cari angle yang tepat... apa lagi ni hah dokumen untuk lawatan ke Padang-Bukit Tinggi.. draftnya dah ada kira ok la sikit... dpt pulak surat esok ada bengkel kat PKG Kg Soeharto.. nak pergi ke tidak.. come what may!!!Baru nak rasa lega dpt relif waktu 1-2. Pi nak masuk kelas gurunya ada dlm kelas.. tapi klas sebelah tak ada guru.. tak masuk la sbb relif bukan kelas tu. Masuk semula ke bilik.. settle dokumen lawatan... set pulak akses pakai YES kat makmal It..selesai, try pulak kat makmal bestari.. direct 1 YES 1 switch. Singgah minum pagi dan makan tengah hari kat pantry... ptg ada aktiviti. Perjumpaan Briged... pastu kelab boling. Sebelum tu ada jemputan untuk ambil gambar perasmian bilik Kelas Aliran Arah KAA. Atteng bebudak briged bawa ke makmal tunjuk itu ni sampai habis waktu. Boling ada cikgu lain handle...teman je kat dlm bilik tu. Selesai urusan dah 5 lebih. Balik lepas asar buka akaun upk.. cari 20 sen..jumpa pun. Selesai cetak mencetak... tunggu maghrib baca lagi Anak Apak. Lepas maghrib ke masjid ada kelas tajwin..lepas isyak balik je tak ke mana2 lagi. Try YES mobile ..tak ada konektion..nak update blog pun lambat pakai broadband..masuk tidur je 11 lebih sikit.
http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

