Wednesday, July 11, 2012

Julai 11

Rabu - sistem ok.. speedtest pun dah ok..schoolnet 1.3/915k & YES 10.0/1.5. Lepas siap kerja sikit nak ke hospital 10 pagi nanti.. pastu nak packing untuk ke DePalma Shah Alam ada bengkel... come what may!!!Sempat buat 2-3 perkara sambil pekena nasi lemak bungkus kat pantry. Lepas telan ubat ada pulak pengetua bawa nangka sebiji besar... pekena 5-6 ulas. Ngam2 pukul 10 baru ke hospital. Nak dapat nombor sekejap saja tapi tunggu nak jumpa doktor sampai 12 lebih. Ambil ubat pun sekejap je. Terus balik ke rumah sblum 1.. perut meragam semacam... lepas hajat sambil prepare laporan gotong royong tok 4 KKB minta. Lepas tu siap print.. siap solat zohor.. bergegas keluar semula ke sekolah. Cari nak singgah rumah staf yang dikatakan baru keluar drp hospital..tak jumpa rumah dia.. terus hantar dokumen lagi kpd Ameer untuk serahan malam nanti. Sampai ngam2 2ptg..ongumah tak balik ada koku.. kena hantar anak5 balik pulak. Balik ke sekolah tunggu Penghulu KKB untuk tumpang keta dia ke Kursus Transformasi Memperkasa Pentadbiran JKKK Daerah Hulu Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Sampai hotel ngam2 azan asar. Dapat bilik NO.319... time minum petang. Rupa2nya sesi dah bermula 2.30 ptg tadi. Tu la jadahnya... program tak dibagi awal2... tok penghulu pun relaks je. Lepas sesi tu 5 lebih... pekena cup cake 1 biji. Naik ke bilik .. nasib baik sorang sebilik ..setakat ni la. Bilik agak kecil utk 2 orang..katil 1 untuk 2 orang... kalau tidur berdengkur pasti terganggu. Lepas makan 6.30 ptg..naik maghrib..patutnya turun berjemaah kat surau tapi terlelap dari waktu azan sampai 8..berita dah mula kat TV3. Lepas maghrib turun ke surau untuk isyak berjemaah. Lepas tu masuk sesi ke2 sampai 10.30 mlm. Sebelum tu pekena kek coklat 1 keping, karipap pusing 2 biji. Sebelum tidur layan citer American Pai... lelapkan mata 12 lebih jadinya.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment