Monday, July 23, 2012

Julai 23

Isnin - cuaca tenang pagi ni... Ramadhan bulan ni bulan sejuk... hujan turun tak tentu masa - alhamdulillah. Sistem ok.. speed dpt 553/966 YES 16/4M. Hari ni dpt je call kena pi KAH Bintang.. ambil TRAJET hantar accent pinjam... come what may!!!Awai pagi dah ada relif.. nasib baik juga. Lepas perhimpunan ada yang nak jumpa pelajar ting 3.. habis hampir 1 waktu.. pastu pel lelaki tak ada dlm kelas... duduk baca buku je KESALAHAN2 DLM IBADAH SOLAT. Perbezaan pendapat mulai dikesan - i. ada ustaz kata bacaan bangun dr ruku' kena baca penuh.. buku ni kata sambut bacaan imam.. rabbawalakahamdu. ii. lepas bacaan fatihan jgn ada bacaan selain Amin.. nak kena tanya ustaz semula ni. Hari pun berlalu pergi...tiada panggilan drp KAH Bintang.. trajet tak siap lagi la tu. Sebelum balik ada taklimat pasal PBS.. selesai hampi 3 ptg. Lepas zohor keluar semula ambil anak 5 kat tempat tusyen. Sementara tunggu asar tersenguk sekejap atas kursandar. Asar di masjid.. ingat nak hantar bubur lambuk kepada sahabat yang kena stroke .. tak ada pulak hari ini buburnya. Balik browse sekejap berita online... dah nak masuk maghrib. Siap2 bekalan.. ke masjid 10 minit sebelum azan. Balik lepas tu.. siap2 untuk ke masjid semula ..isyak, tarawih & tadarus.  Selesai agak awal berbanding semalam - sbb imam dinasihat baca surat pendek masa tarawih. Moreh nasi goreng - sama dihidangkan masa berbuka tadi. Boleh mula tadarus cepat sikit sbb tak buang masa makan & sembang. Selesai tadarus sebelum 11 mlm. Sampai rumah 11 lebih sikit.. masuk tidur sblum 11.30. - minum kopi makan kek la pulak.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment