Friday, July 20, 2012

Julai 20

Jumaat - bangun pagi badan rasa tak sihat - dalaman - sbb tak kado hajat semalam gamaknya. Selepas melepas rasa ok pulak. Sampai sekolah lepas 7 pagi tapi masih awal. Sistem ok .. speedtest dpt schoolnet 1.8/908 dan YES 15.3/4/2. Baru dengar ERA pagi ni sembang pagi tajuk fanatik bola. Ada pemanggil pompuan seorang ni kata dia tak pernah miss tengok bola walaupun SUBUH... LANTAK PI..katanya. Maknanya dia tengok bola pukul 4 pagi sampai SUBUH pun LANTAK PI..sampai mcm tu sekali.. jawabla kat dalam sana nanti ye wahai pompuan. Tersusun kerja nak segera dibuat... come what may!!! Tengah buat kerja pun kena jalan sana sini..jumpa guru tu guru ni.. masuk pantry makan kuih2 je. Baru nak mula kerja balik ada jemputan makan2 di bilik guru. Baru lepas telan ubat.. tak dpt makan pulut kuning.. mkn buah..dan rojak buah je. Balik ke bilik nak siapkan RPH.. dah 2 minggu miss sbb minggu lepas 3 hari tak ada kat sekolah. Sebelum balik makan rojak lagi.. nak lawaskan perut. Hari ni sampai awal ke masjid... masa tgh azan... baru dpt ayam kot.. tapi ok la sebelum khatib mula khutbah. Masa nak balik tu keta buat hal... masuk gear enjin mati.. dah tu semput2. Tapi sampai juga kat ruma.. lepas ambil ongumah kat sekolah. Rehat sekejap keluar semula gi tengok keta merah pulak kat bengkel,,, dah 1 tahun 4 bulan kat sana. Enjin dah ok... mekanik tu kata tak kena caj..& nak cat free lagi... cuma minta ganti 2-3 barang dlm RM370/-. Dia minta hutang dia RM300... langsaikan dulu. Lepas ni nak kena ambil roadtax dah 4 bulan mati. Balik ke rumah sebelum azan asar... sempat ke masjid.. lepas tu tengok2 sikit itu ini. Balik dah  6 ptg. Baca paper... edit bahan tazkirah... dah masuk maghrib. Lepas tu ke masjid untuk isyak dan tarawih. Pukul 10 lebih dah balik ke rumah... tengok Harry Potter kat TV2 jap..ntah  apa2 citernya.. masuk tidur 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment