Saturday, July 21, 2012

Julai 21

Sabtu - SELAMAT BERPUASA - hari 1 Ramadhan... melaporkan dari KAH BINTANG lagi. Semalam terjaga 3 kali... sekali bunyi dentuman atas bumbung pukul 2.20 pagi.. dpt tahajud sekali. Kali kedua jam 4.47.. dengar bunyi motor scrambler... rupa2nya dengkuran ongumah,,, kali ke3 bangun sahur jam 5 pagi... subuh bersama ongumah & anak 2 di rumah.. mengaji sudah..wirid pun sudah sbelum siap  untuk ke sini. Ni sampai bila nak duduk di sini.. come what may!!! Bawa NB tapi tak bawa charger.. semalam anak 5 guna sampai habis power bateri.. tengok tv je ssambil terlelap sekali sekala. Seperti dijangkakan bila hampir time nak tutup kedai dibagitau keta tak boleh siap.. masih ada yang perlu ditengok.. kena tinggal. Boleh je kalau ada keta ganti... dibaginya accent hitam. Bergerak balik sebelum jam 1 dan sampai rumah 2 lebih. Lepas zohor lepak atas kursandar.. terjaga sebelum masuk waktu asar... sambung lelap sampai 6 ptg. Lepas asar...lepas mengaji.. lepas wirid.. siap bekalan nak berbuka di masjid. Sampai 10 minit sebelum berbuka atas meja mcm2 juadah ada - kuih muih, mee goreng & bubur lambuk. Lepas maghrib balik ke rumah dulu untuk mandi manda.. ke masjid semula 8.40 mlm. Lepas tarawih... moreh kononnya mertabak tapi tak nampak sbb habis ditala bebudak.. biarle rezeki mereka... mkn sebiji kuih sagu.. pastu mula tadarus sampai 11 mlm. Sampai rumah ingat nak masuk browsing tapi connection tak ada.. masuk tidur je sebelum 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment