Monday, July 16, 2012

Julai 16

Isnin - melaporkan dari KAH BINTANG. jln ipoh. Hantar TRAJET untuk checkup dek gangguan kelancaran perjalanan disyaki berpunca daripada fuel pump. Bertolak dari KKB selepas hantar ongumah dan anak 5 jam 7.15 pg. Dilindungi Allah selamat sampai kat sini jam 9 lebih... tanpa sangkut2 mcm semalam. Ni tgh tunggu keta dibaiki...sampai bila??..come what may!!! Punca masalah dah diketahui.. fuel pump problem. Ni tunggu order spare part.. katanya petang baru sampai. Tunggu juga la nak buat macam mana. Zohor kat surau tingkat 3.. pastu singgah cafeteria pekena kuihtiau sup sayur. Sambung la browse nb.. tengok 1/2 citer mael lambung.Kul 4.30 keta siap... terus balik. Jalan clear- alhamdulillah sampai rumah seblum 6 ptg. Lepas asar lepak2 je... siap untuk ke masjid. Ada kuliah Us Yusry - 2 perkara melekat di hati. Tau tak Nur'ain adalah nama bidadari syurga yang menanti orang yang rajin bersihkan masjid - tandas, taik cicak,sampah. Tau tak 4 orang yang tidak akan diterima doanya semasa Lailatulqadar - peminum arak, derhaka ibubapa, putuskan siratulrahim sesama saudara islam & tidak tegur sapa selama 3 hari sesama Islam. Aduh... ni yang nak kena jaga... selalu nak kena eratkan persahabatan, selalu nak kena minta maaf. Perkara1- rasanya selamat setakat ni.. memang tak minum. Perkara 2 dah berlalu - kalau ada pun masa dulu sedang cover balik dgn tahlil setiap hari lepas Subuh.. harap diterima amal kebajikan. Selesai solat isyak lepas 9 mlm.. duduk bincang2 sikit dgn SU, Bendahari & Siak Ramadhan. Balik rumah dah 10 mlm.. tengok tv jap seblum masuk tidur 11 mlm... minum kopi makan kek lagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment