Saturday, July 14, 2012

Julai 14

Sabtu - saja je tak masuk awal pagi kat sini. Lepas Subuh tadi dlm 9 pagi ke pasar cari ikan tapi sebelum tu dpt la minum kopi makan kek. Balik dari pasar  baca paper sementara ongumah masak kari kepala ikan tenggiri nak bawa makan di UPM. Trajet dalam keuzuran... singgah servis center kat Rawang .. tak boleh buat scan untuk cari problem.. problemnya keta berhenti sendiri tgh jalan... masih berlaku walaupun dah tukar themostat..dah isi air penuh. Teruskan perjalanan servis center di Jln Ipoh. Dah hampir waktu tutup tapi sempat check pakai komputer.. themostat sumbat katanya. Aik baru yang tukar habis sampai RM200 tu apa? Terkena lagi dgn cina ni. Diminta mekanik sorang ni handle kes.. keluarkan themostat sebenar..sambung pipe getah untuk aliran air. Katanya mesti ok. Dia minta RM30 off rekod.. hulur RM50 tanda penghargaan. Teruskan perjalanan dengan konfiden..tetiba sampai kat istana lama terus mati enjin.. tak mau start langsung. Call jln ipoh dah tutup... call orang tu orang ni... lepas 20 minit..start ok..jalan sampai UPM... berhenti sekejap untuk angkut barang anak 4.. dah habis belajar kat UPM tu... terus ke Bangi rumah anak 1. Dapatle rehat lama sikit.. dari 4 lebih ..sempat zohor..pastu asar,, pastu lelap sekejap.. tengok2 dah 6.30 ptg. Bergerak balik... jem pulak kat tol sungai besi..habis masa 30 minit kat situ...alhamdulillah enjin ok sampai singgah di RnR Sungai Buloh utk maghrib dan isyak. Lepas tu terus perjalanan sampai rumah ..sekali dua je semput sikit.. sampai rumah 10 lebih malam. Lepas masuk sini nak masuk tidur la pulak.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment