Sunday, July 15, 2012

Julai 15

Ahad - lepas subuh sarapan roti canai. Lepas tu diminta sidai kain.. tapi kain semalam belum kering betul. Bega keta... cuci enjin luaran pakai minyak petrol.. bersih dah bahagian atas. Lap & polish bahagian depan, pintu kanan. Tompok2 hitam kesan kena langar keta lain pun hilang lepas hampir 1 tahun berbekas kat situ. Ni nak bawa trajet jumpa mekanik kat Btg Kali..pastu tu nak ke rawang..ke NAGOYA..nak cari sample kain batik untuk KESTAF...come what may!!! Sampai kat btg kali, bos mekanik belum sampai..tunggu tak lama dia sampai. Tengok2 dlm nb je...dia syaki masalah fuel pump..tapi dia mengaku tak tahu kat mana bendaallahnya sbb tak biasa dengan trajet. Minta di scan masalah sebenar tapi sibuk nak selesaikan keta kekawannya dulu. Janji petang ni... bergerak ke Rawang.. mula-mula ke NAGOYA.. beli kain2. Lama juga kat situ tapi bile start keta mula semput2. Singgah pula kat kedai perabot JATI dekat2 situ juga. Lepas buat deal ..ongumah beli set perabot, nak bergerak balik keta tak boleh start. Gi solat zohor dulu kat Petronas Rawang..jalan kaki tak jauh pun 200 meter adala. Lepas tu boleh start.....semput2 juga dlm perjalanan nak ke btg kali semula. Sampai jam 3 lebih... Amir mekanik tak ada kat bengkel..dia attend panggilan kecemasan kat AWANA. Tunggu sampai 4.30 tak balik2 juga. Balik je la... walaupun semput2 dalam perjalanan tapi tak pula kena berhenti lama... sampai juga ke rumah dlm 5 ptg. Sementara tunggu maghrib santai2 depan tv. Lepas tu ingat nak ke masjid tapi siap2 dah masuk waktu. Isyak kat rumah je. Lepas tu prepare barang nak bawa esok pagi nak ke Jln Ipoh semula sebelum masuk tidur sebelum 11 mlm.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment