Friday, September 10, 2010

Sept 10 - SELAMAT HARI RAYA

JUMAAT- bangun macam biasa untuk Subuh. Lepas tu sempat lagi final touch untuk persediaan solat sunat aidil fitri. Mimbar baru lepas dicat nak ditolak ke tengah sikit sebab ada jemaah kata khatib agak ke tepi sangat. Tolak sorang2...sebab yang lain dah balik. Hujan pun turun lebat renyai silih berganti. Balik minum kopi tunjuk langit (tapi masih tak tunjuk2 pun)..jamah sikit wajib yang ada atas meja... terus siap untuk ke masjid semula. Sampai dah 8lebih..sempat juga takbir satu round. Seblum mendirikan solat, kenala bagi ucapan sikit..pengerusi la katakan. Alhamdulillah semua berjalan lancar sampai selesai khutbah. Tengok pula JK kira kutipan.. dapat RM820> sikit...ana genapkan jadi 830. Suit tabung RM155 = RM985. Balik makan2 sikit.. anak2 beraya macam biasa.. tak ada syadunya...jadi rutin tahunan je...tak kisah la selagi boleh buat. Lepas tu dah bergerak untuk ke KL..singgah rumah jiran yang dah bertahun2 tak dapat singgah (selang 9 rumah je..hari2 lalu lalang depan rumah) Bukan apa kekadang tu pintu rumah bertutup, kekadang tuan rumah tak ada di rumah. Hari ini ada peluang...anak2 dia pun ada sama..jadi singgah la. Sampai ke Kramat (rumah Kak Long ongumah) dekat 12... lepas makan2, bergerak pula untuk tunaikan solat Jumaat... Madrasah cum masjid dekat Bangunan Pejabat Agama Gombak. Selesai ...jam 2.30 bergerak pula ke Selayang..rumah besan kakak ipar. Teringat pula tertinggal beg karung dalamnya ada dompet. Dari situ inkatkan nak ke Kepong pastu terus balik KKB tapi terpaksa ke Kramat semula. Elok masuk waktu asar, bergerak ke Kepong -rumah x-pengetua yg baru ditukar keluar. Mencari rumah habis dekat 1/2 jam..pusing2 punya pusing terjumpa stesen PETRONAS- singgah buang air terus solat Asar. Lepas tu senang je dapat cari rumah. Dihidangkan laksa Johor - makan dengan spegati. Keluar dari situ 6.30..sampai semula ke Kramat wakttu azan Maghrib. Jam 8 mulakan perjalanan balik ke KKB dan sampai rumah jam 9.15... mengantuk sangat..baring dulu..pukul 10.45 baru bangun semula solat Isyak...lepas tu tidur balik sampai pagi.


http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment