Sunday, September 12, 2010

Sept 12

Ahad - Hari Raya ketiga. Hari ini akan bertolak ke Triang, Pahang untuk iringi pengantin anak ahli kariah. Bertolak dari rumah 7 pagi... sampai di Felda Purun, Triang 10 lebih... lepas minum, makan pulut dgn perut lembu maska lemak cili api..majlis akad dimulakan. Selesai semua - makan sampai pengantin masuk rumah - 12 lebih. Tinggalkan majlis untuk bergerak ke Tasik Bera.. saja nak tengok suasana kat sana. Tak berapa menarik perhatian sangat... bergerak pula ke Felda Cemoi rumah bakal menantu la kiranya kalau tak ada aral melintnag tahun depan ni. Duduk makan2, sembang2, angkut apa yang patut bawa balik - rambutan sikit, ulam selom sikit, kuih muih sikit - siap pokok halia bara sekali - mula perjalanan balik KKB 5 lebih. Kereta pun dah banyak juga di lebihraya tapi masih ok.. perjalan cuma agak perlahan sebab hujan. Sampai rumah dekat 9 mlm... tengok tv sat cerita KECUH BETUL..lakonan Nabil Raja Lawak..masuk tidur 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment