Monday, September 27, 2010

Sept 26 - Hari Ini & Semalam

Isnin - bukan nama lagu tapi catatan semalam tak sempat nak buat sebab sepanjang hari berada di jalanan.
Ahad - bergerak keluar dari rumah jam 8.30 pagi ,, terus tuju ke Pej Imigesen Pusat Damansara urusan paspot anak yang belajar kat Jepun (bersama sorang kawan dari Jepun). Janji siap 1 jam tidak ditepati sebab walaupun Ahad ramai yang berurusan pada hari ini. Akhirnya selesai dari 10 pagi sampai 12.30 tgh (31/2jam).Dari situ ke rumah kenduri kahwin kawan anak ni yang sama belajar di Jepun.. cari rumah pun dah dekat 1 jam.Kat situ budak Jepun ni jumpa ramai kekawan dia yang turut datang dari sana untuk raikan kawan mereka kahwin di Malaysia. Selesai makan dan bergerak pula ke rumah kakak ipar di Damansara Utama..on the way singgah zohor di Petronas..hujan pula turun dengan lebatnya.Sampai di sana dah masuk asar... lepak2 sambil minum2 makan2 sembang2 jamu budak jepun dengan goreng pisang dan kuih tradisional.. seronok dia rasa smua yang dibagi. Dekat 5.30 pi pulak ke Keramat jumpakan anak ni dengan atok mereka yang dah lama tak jumpa.. Maghrib kat situ. Bergerak pula ke Kampung Baru jumpakan pula dengan mak dan pak sedara... Isyak pun dah masuk.. selesai bab tu dulu.. dah tak makan2 sgt... dah ingat nak pulang KKB je. Sebelum 9 bergerak balik ke KKB..sampai dalam 10.30 mlm. Ingatkan boleh la masuk tisur terus, ada pula mekanik tengah kerjakan kereta charade yang baru dioverhaul.. kataknya kipas radiator pulak rosak... parking pula betul2 depan gate nak masuk. Sambil deme buat kerja..tangkap lintok dlm kereta sekejap lepaskan lelah.. sampai 11 suku baru ok. Tok tek tok tek..masuk tidur 11.45 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment