Friday, September 17, 2010

Sept 17 - Dari Primula Beach Resort,Trengganu

Jumaat - Melaporkan dari Batu Buruk Trengganu....nasib baik line ok kat sini pakai Broadband Celcom.,, laju sgt. Plan untuk hari ini sementara menunggu malam - jalan2 pusing2 pekan KT sambil ziarah rumah keluarga angkat anak yang pernah belajar 3 tahun di KT ni. Agenda utama malam ni lepas maghrib.. akad nikah anak sedara minta ana jadi saksi... kena melawa la sikit. Sementara tu sebelah siangnya jalan2 - lepas ziarah rumah keluarga angkat anak tadi, ke rumah jiran tempat tinggal dia dulu. Menjelang masuk waktu solat balik ke hotel rehat2... lepas jamak zohor-asar ke tempat makan tengah hari di Batu Buruk Beach Resort lagi..tempat makan semalam. Dari situ ke Pasar Payang - cari keropok sikit dan beli kerepek sagu.. belum pernah jumapa sebelum ni.. buat buah tangan untuk orang pejabat nanti. Ada 2-3 jam lagi sebelum masuk Maghrib.. santai2 dalam bilik. Lepas jamak maghrib-isyak, bersiap untuk bergerak ke rumah pengantin di Kg ??? .. dengan 12 buah kereta diirngi polis trafik dari hotel sampai ke rumah pengantin.. malam ni jadi VIP.. ada polis escort.Kebetulan Ust Zurinawati balik kpg suami dia di KT pun kena berhenti tepi jalan untuk bagi laluan kepada konvoi pengantin. Hah gempak gitu! Perjalanan ambil masa 30 minit untuk sampai ke rumah pengantin yang terletak di hujung kampung berkenaan dalam keadaan hujan gerimis. Rumah agamnya kurang diterangi lampu2 yang gemerlapan - sekadar lampu di khemah makan dan sebiji spot light. Majlis akad nikah pun berlangsung dengan selamatnya walaupun ada satu dua perkara yang kurang ... sistem PAnya tak diurus dengab baik, jurunikah pun imam 72 tahun.. acaranya pun ringkas dan mengelirukan. Lepas khutbah diberi sepatah dua kata kepada pengantin lelaki dan terus dinikahkan. Sebagai saksi ana pun tak bersedia - tangan tak dipegang, istigfar tak ada- terus dinikahkan. Biasanya dibuat testing dulu rupa2nya betul2 dengan sekali lafaz. Selesailah sudah... terus pengantin baca taklik. Lepas tu makan2, gambar2...balik ke hotel.. terus tidur pukul 11 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment