Thursday, September 2, 2010

Sept 2 ... Sept 1?

Rabu 1- dek memikirkan undangan untuk buat kiraan stok di PPKHS pagi semalam sampai nak update kat sini pun terlupa terus. Sungguh tak diduga.. sejak masuk jam 7.00 pagi.. buat itu ini sementara menanti jam 9 pagi, bersama Cikgu Saaey ke LPP sebab hari ini tutup stok. Sebagai juruodit kena kira stok yang tinggal. Tak la lama sangat... dapat RM50. Rezeki nak datang bukan boleh duga. Lepas tu urusan kerja di sekolah samapi waktu balik..tepat 1.50. Sampai di rumah masukkan surat ke dalam envelope dah sampai 3 ptg.Baru nak letak kepala...ada call dair MHDS.. nak hantar banner dan surat jemputan ke majlis 2/09.. pulak dah. Asalnya kita ni diajak bincang sebab nak guna masjid je..tak pulak masuk AJK ke apa..ni nak kena hantar surat pulak kepada peserta yang dipilih mendapat bantuan.. yang jauh kat Kerling pun kena juga. Transport Majlis ada buat apa.. kebajikan orang2 tua lebih 80 tahun sapa nak uruskan. Kacau ni.. tapi terima je dulu dan hantar mana yang sempat.. Imam pun tolong settle perkara ni. Terpaksa pula awal ke masjid sebab nak gantung banner. Lepas asar urus [asal surat2 tu pulak sampai bawa jam 6. Balik kejap untuk siap2 berbuka kat masjid.. hari ni ramai juga yg datang.. orang KL pun ada sekali.. cicit pewakaf masjid tu> Kononnya cerita semalam ada yang sponsor makan nasi berlaukkan kari daging dan ulam cicah sambal.. tapi pembekal tak hantar nasi..kari dicicah dek roti canai masa moreh.. jadinya diganti nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api. Lepas maghrib balik..siap keluar semula untuk tarawih.. lepas 8 hantar onumah balik..keluar semula ke masjid..bincang2 pasal JKKK.. balik lagi ambil persalinan sebab nak tidur di masjid .. ada qiamullail. Pukul 11.30 cuba2 nak tidur..bebudak ramai sibuk nak qiamullalil tapi memekak dalam masjid. Terlepas sekejap je..alarm 12.30 berbunyi. Pukul 1 baru bangun betul sebab dah nampak orang mula datang.. ada la kat 10-15 orang. Solat bermula 1.30 masa tu bebudak nak tidur...kena la sound sekali nak ikut ikut tak nak ada ana kisah? Selesai 2.30 pagi..balik ke rumah 3 pagi.. tidur semula.
Khamis 2- tidur sekejap je rasanya dah bangun sahur jam 5... terus Subuh di masjid..Hari kedua bulan 9...bonus 500 dah masuk akain.. hari 23 puasa....lailatulqadr masih dicari.Sementara tu seblum menjelang malam, pagi ni macam biasa tapi petang pack dengan mesyuarat - taklimat Hari Kokurikulum & Jamuan Hari Raya Perdana... sambung pula mesyurat Jubli Emas..lepas ni ke masjid acara MDHS..mlm berbuka di sekolah..tarawih di Taman Damai..fuh penat den. Masuk tidur lepas 11 mlm...hajat nak bangun jam 1.00 ..dah set alarm, dah terjaga tapi tak terbangun.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment