Saturday, September 25, 2010

Sept 25

Sabtu - hari yang akan memenatkan sudah tiba. Dari pagi ni- lepas subuh ada kuliah - tapi tak duduk sampai habis, dah bekejar ke sekolah. Sambutan JUBLI EMAS - pagi ada aktiviti, petang ada acara, malam ada persembahan masa makan2. Ni tengah bertungkus lumus siapkan bahan presentation untuk malam ni. Dalam pada tu bebudak Briged nak adakan tayangan video cerita A-Team... dah tu ada nak buka makmal buat cyber-cafe main game...tapi nak uruskannya tak nampak lagi batang hidung. Untuk malam ni juga nak siapkan beberapa keping CD / DVD untuk dibuat jualan. Penat lagi memenatkan. Menjelang 12 tgh bahan settle, tayangan ada 15 orang je... buat di makmal sebab kunci bilik mesyuarat tak ada.. orang pejabat tak datang, kunci sedia ada pun ntah ke mana. Dalam kejar-kejar ambil gambar, akhirnya selesai bab pertama jam 1.00 Nak balil kereta tak ada.. tunggu pulak mekanik pinjamkan kereta...pukul 3 baru dia datang. Hantar ongumah balik... kerja pulak ke Dewan.. nak tengok persiapan untuk presentation. Yang nak bagi pinjam LCD pulak tak nampak2 batag hidung.. bila dicall rupa2nya terlupa la pulak..tunggu sampai 6.30 tak tiba2. Pi pulak ke sekolah ambil LCD dan extension wire.. test sekejap..kira ok la ..boleh la nak ditayang. Balik untum maghrib dan siap.. pi balik ke Dewan dah 8 lebih. Memang dah agak..tak cukup alat nak sambung LCD (nasib baik ada yang jenis power sikit). Akhirnya tayang berjaya dilaksanakan sampai akhir acara. Makan2, minum2, sembang2, ambil2 gambar... balik pukul 11.30 mlm. Anak dari Jepun dan sorang kawan dia dah sampai ke rumah. Alhamdulillah semuanya selamat. Tidur..12 mlm

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment