Thursday, September 9, 2010

Sept 9

Khamis - Esok Raya ...hari buat persiapan akhir..ada ke persiapan? Sekolah dalam cuti lagi. Balik dari Subuh di masjid ingat nak kemaskan file2 atau pindah naik gambar2 ke dalam blog tetapi line dibolot anak-anak. Jadinya buat kerja kemas persiapan di masjid je. Sempat juga baring sekejap .. seblum Zohor...lepas Asar tengok2 jap email dan berita online. Berbuka di masjid untuk hari akhir, tetapi tak ada korum yang biasa... Ada 2 orang dari KL (cicit pewakaf masjid) bawa nasi sendiri. Bersama 2 orang lagi (sorang tak pernah datang berbuka kat masjid) dan sorang OKU (yg selalu berbuka di masjid)...berbuka la kami dengan kurma dan teh tarik. Hj yang selalu azan maghrib pun tak datang untuk azan terpaksala ana azankan walaupun dah lepas 10 masuk waktu... skali jadi imam dapatlah mulakan takbir raya. Balik siap untuk Isyak... lepas Isyak bergerak takbir rumah ke rumah. Dipecah kepada 4 kumpulan...1 kumpulan 6 rumah. Bebudak tak ikut kumpulan kami sebeb tak pergi ke rumah2 yang hulur duit raya lumayan. Deme join masa kat 2 ruamah je elok waktu nak makan lepas tu hilang ntah ke mana. Bebudak skarang.. tak boleh diajar. Last sekali pukul 10.45 baru sampai rumah ana... 11.15 selesai. Untung juga ada x-imam dari Batu Gajah... dialah pimpinan dari mula sampai habis. Dek mata tak tahan..dan fikirkan esok Subuh dan banyak nak bergerak...masuk tidur je le..itupun dah dekat 12 mlm.

http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment