Saturday, September 11, 2010

Sept 11

Sabtu - Hari Raya kedua...hajat hati nak mula puasa 6 tapi godaan terlalu kuat. Nak bangun bersahur pun rasa liat sungguh... dah bangun cari2 makanan pun tak ada yang boleh dimakan segera... habisnya tangguh buat haru pertama ni. Lepas Subuh di masjid, sempat update blog (sebelum line dibolot lagi)... sementara menanti jam 9 untuk ke Gesir. Betandangn di sana sampai 2.30 ptg..selepas selesai makan tangah hari - nasi berlauk masak tempoyak, inkan goreng, sambal sotong, pucuk ubi cicah sambal tempoyak - tambah 2 kali tapi sikit je. Singgah TF .. sampai rumah dekat pukul 4 - keletihan mata lagi..baring jap..terjaga ddek panggilan x sm3kbian pukul 4.40... ada yang nak dtg beraya. Selesau solat asar.. mereka sampai - Mazlan Ohkom bersama Nizar Nazir... panjang juga cerita kisah-kisah lama... rahsia2 terpendam pun terkluar hari ni.Satu kisah yg agak memeranjatkan seseorang yang tidak disangka melakukan kerja-kerja mengendap di sarama puteri.. sanggup berkelah atas loteng selama hari... nantila bila berjumpa dengan insan tersebut ...hendak juga disahkan cerita ini. Maghrib sampai Isyak di masjid.. naik basikal sbb kereta diberi pinjam kepada rakan mualaf yang berhajat utuk berjumpa ibunya sempena raya ini. Balik dari masjid dah ada tetamu kat rumah...kemudian bebudak taman pula dtg beraya. Menjelang 11 mlm dah siap masuk tidur.



http://www.pmalam.ads4blog.net/ atau http://www.ads4buckspmalam.blogspot.com/ atau nak masyuukkkk hari-hari... klik kat http://tunaisegera.com/?r=pmalam

No comments:

Post a Comment