Sunday, July 12, 2009

AHAD - KISAH POCONG

Hari Ahad - petang yang sunyi....jiran sebelah datang untuk buat appointment perkahwinan anak perempuannya pada 31 Julai -2 Ogos 2009. Dah minta jadi saksi nikah...tu tak best walaupun perkara baru ..jadi saksi ni...yang lebih menarik sejak sebulan dua ni kisah pocong tersebar kat taman ni. Tapi teman tak tau hal pun...kiranya cerita bermula selepas sorang penduduk dalam taman ni meninggal dunia 3 bulan lepas....kononnya dia ada memakai sebab bersuamikan yang muda. Apa yang berlaku selepas tu teman tak ambil pot. Tapi rupanya khabar pocong ni merayau waktu malam dah lama berlaku. Siap ada anak jiran jemput 'arwah' ni masuk rumahnya sebab tertonggok depan rumahnya. Selebihnya ada orang nampak di beberapa tempat taman ni dan taman bersebelahan seawal jam 11 malam dan selewat 3-4 pagi. Teman pernah juga balik ke rumah lepas 12mlm tapi tak jumpa lagi. Bukan nak cakap besar tapi teringin juga nak tengok sendiri....kot-kot boleh berkenalan dengan lebih rapat. Teman kata tak perlu risau sebab pocong ni bukan ada tangan dan kaki...semua bahagian badan kena balut kain kapan...agaknya kot. Lagi pun teman rasa ni sikit sebanyak pengaruh cerita-cerita seram kat TV. Dah lama juga tak dengar cerita-cerita macam ni..tapi kebelakangan ni ada mula timbul semula. Kat UTM pun ada. Kat FRIM pun ada. Kat mana-mana lagi yang ada sila maklumkan kat teman. Lepas ni kita boleh panggil GHOSTBUSTER Malaysia tangkap semuanya.

Ni cerita benar Brahym. The moral of the story,musa...LU FIKIRLAH SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment