Wednesday, July 22, 2009

Selasa-Rabu -D'Muara

Seperti yang dijangkakan selama 2 hari berada di Sg Besar memang tak dapat nak update ..2 hari duduk kat D'Muara - Dorani Bayu Resort. Bagus juga tempatnya. Betul-betul kat tepi laut. Chaletnya atas laut lagi tapi masa air pasang je. Bila air surut, atas pasir je. Akses ada tapi kat lobbynya aje. Kat dalam tempat mesyuarat tak sampai. Pakai broadband pun takat EDGE je..slow yang amat. Sesekali rasa menyesal pula beli tapi tak boleh dimenafaatkan. Tapi sesekali fikir kot nak kena juga pakai bila mesyuarat/ kursus kat tempat yang boleh akses HSPA punya. Ni yang tengah fikir tak habis lagi.
Bila sampai kat SMK Sg Besar memang boleh akses tapi tak ada masa pulak. Asyik makan, jalan, makan bila nak dapat update dengan tenang. Lagipun NB tak ada...nak menebeng hak orang lain pun payah. Depa pun tak bawa masuk tempat mesyuarat. Jadi cek banyak bersabar je. Akhirnya balik juga ke rumah. Kena sabar lagi sebab dekat pukul 9 baru dapat sentuh PC. Dah tu jiran jemput pula nak 'duduk kerja' hari walimatul urus minggu depan. Jengok la kejap - kejap-kejap pun 1 jam lebih. Kena baca buat tahlil dan baca doa pulak dah! Boleh je!
Sebelum masuk tidur sempat la ketuk sikit keyboard ni. Tu pun tak boleh lama-lama sebab ponnu cek dah ajak masuk ******,

No comments:

Post a Comment