Friday, July 10, 2009

JUMAAT - PENGHULU SEGALA HARI

Hari ini tak banyak sangat desakan kerja...it comes and go...yang tertangguh tertangguh juga bukan sebab apa...kerja melibatkan orang lain. Hari ini Hari Penyerahan Kad Laporan Pelajar bermula 8.00 pagi. Ramailah ibubapa yang datang (rujuk www.smkkkb.blogspot.com). Gambar-gambar hari ini diambil oleh ahli Briged Bestari. Awal-awal pagi Justin dah datang serah diri. Jadi tak perlu la naik turun tangga, ke hulu ke hilir nak klik klik...dah boleh diharap budak ynag sorang ni. Sampai habis penuh kad memori digunakannya...dan gambarnya pun boleh tahan juga. Tak la penuh dengan budak-budak India macam lepas-lepas. Dalam pada itu dapat pula jumpa bebudak Cyberkids latih sikit untuk present hari Isnin nanti. Dapat juga kontek GPB Selangor untuk confirm tempahan baju cuma tak berbalas Saemah, Farihan dan Azhar (ganti Shima). Tak apa le bilangan yang ada dah boleh buat tempahan. Bayaran online pun dah mula masuk. TAPI yang merisaukan pembekal macam tak serius nak buat. Tinggal seminggu je lagi...anyway dia pro kot ..2-3 hari boleh siap. Memang lapang hari ni...sampai malam tak ada kerja yang mendesak. Boleh ka teman mendesak untuk buat kerja malam!?!

No comments:

Post a Comment