Tuesday, July 14, 2009

SELASA 14 JULAI

Hari ini teman nak kisahkan dari awal sampai teman balik apa kerja yang teman buat sepanjang hari ini. Teman masuk bilik (bilik server) pukul 7.30 pagi. Teman buka semua PC dan NB untuk check 1. sistem kehadiran - ok, 2. sistem rangkaian - ok kecuali bilik guru, 3. Akses internet - PC Linux - ok, WiFi - ok, PC 98 - pun ok. Dalam pada itu teman terima 2 surat - i. pemantauan Task Force ke sekolah bestari, ii) maklumbalas peralatan ICT Kaypi. Dan yang menaikkan tekanan darah teman, dah ada kelas relif - 2 pulak tu - 11.50 & 1.10. Bukan teman tak suka relif tapi masa teman tergadai untuk siapkan kerja-kerja yang masih menunggu. Tau apa kerja yang teman tak siap lagi - i. montaj untuk mesyuarat di Sg besar, ii. Klip video kebudayaan, iii. update portal Cyberkids, iv. Kemaskini fail Briged bestari, v) ...., vi) ... ? nak teman teruskan?
Dalam pada itu teman terima call dari KUTV bertanyakan masalah untuk pergi ke Hulu Langat pada 16/07/09. Dalam pada itu diminta salinan Instrumen Pemantauan - jadi teman pun cetak dan tunggu dia datang ambil. Masalah penyertaan teman dalam TASK FORCE kira settle sebab 3 orang pergi pun cukup. Dalam pada itu teman respond surat kedua - siap diisi, pengetua sain, teman kena uruskan penghantarannya. Terima surat hari ini 14/07 tarikh tutup esok 15/07...begitu la kerja pihak atasan. Tapi teman cool je sebab teman dah makan ubat. Lepas tu teman siapkan notis makmal bestari ditutup pada 20-21 Julai untuk urusan pendaftaran peperiksaan online. Lepas tu teman lari pula untuk pindahkan bahan ppt yang teman buat untuk taklimat petang ni oleh pengetua ke PC pengetua. Kalau teman tak jumpa bagi tau, takkan terperasannya. Dalam pada itu teman semak email. Dari BTP - tiada. Yang gpb gmail - pelajar teman dah mula hantar tugasan melalui email. Dalam pada tu teman kena kemas bilik server ni,kot kot TASK FORCE yang akan datang esok nak jengok masuk kat sini.
Dah dekat waktu teman nak masuk kelas pula. Ni kelas ikut jadual teman. Teman tak kisah. lagi pun hari ini tengah ujian pencapaian 2 - teman boleh buat kerja kat dalam kelas tu. Begini lah hidup teman dalam masa 1 jam sahaja.
Lepas kelas ni teman kena briefing PKHEM bab pemantauan esok sebab pengetua tak ada, pk tak ada, JTK tak ada, penolong teman belum ada, teman pun tak ada.

No comments:

Post a Comment