Monday, July 20, 2009

ISNIN KEPENATAN

Awal pagi Isnin ni dah mula penat kerja - fizikal. Biasanya mengadap PC penat mata. Bukannya apa sebelum peserta latihan pendaftaran online yang berlangsung di sekolah ini sampai, terpaksala tengok makmal tu kemas -kemaskan sikit. Ingatkan macam biasa je...sapu sikit-sikit boleh settle. Dek kerana air cond tak hidup (rosakla tu), cek try la buka pintu dan tingkap nako bagi masuk angin sikit. Angkat je blind yang ada (langsir plastik dipanggil blinds, mak oi..banyaknya taik burung sepanjang tebing tingkap. Tak kata la ..dah masuk 9 tahun tak pernah buka tingkap. Sempat la juga bersihkan pakai tolak dengan bulu ayam. Pastu pinjam vakum pengetua sedut yang baki tapi takkan boleh bersih selagi tak buat operasi pembersihan. Siaplah Briged Bestari...kerja hampala lepas ni. Vakum lantai kena kutip sekali kertas tisu, cebisan kertas dan paling tak seronok tengok pembalut gula-gula. Ni kerja bebudak ke cikgu ke tak tau la nak kata. Memangla makan dalam makmal tak dibenarkan, tapi takat gula-gula tak kisah la sangat tapi jangan la pula pembalutnya disepah-sepahkan! Ni buat cek bengang ni. Berpeluh cek tau bersihkan makmal tu. Kiranya belum buat pembersihan mutlak sebab dah ada yang tunggu kat luar. Tup-tup dalam keadaan panas tak selesa dengan ramainya peserta sampai 48 orang, cek cadangkan buat kat bilik mesyuarat je. Settle satu perkara. Pastu urus pula pasal networking ...ada NB yang Wifi tak hidup....so cek bagi depa pakai cable...nasib baik ada switch lebih...cable pun ada lebih...selesai masalah. Semua orang suka hati. Latihan dapat dijalankan dengan jayanya. Rujuk www.smkkkb.blogspot.com Lepas tu berkejar ke kelas pula. lepas kelas masuk bilik server, connection tak brapa cantik hari ni sebab ramai pengguna online gamaknya. Tengok dah ada lagi relif jam 12.30-1.50 - pukul 2 ada meeting dengan cyberkids & Briged Bestari. Minggu ini ada tugas pula kat asrama. Penat...penat...lebih penat lagi naik ke otak sebab broadband yang dibeli semalam tak berfungsi seperti yang diharapkan. Beli yang laju tapi lebih perlahan dari dialup kat rumah. Diselang seli dengan troubleshoot dan komplain kat kedai, dengan lari pula nak masuk relif, nasib baik dah ada guru ganti ambil alih kelas tu....balik ke kerja yang tak siap. Tup tup dah pukul 2. Gi pula layan bebudak Cyberkids. Janji dengan Briged tak hadir pula hampa ya! Pengerusi pun tak berapa nak minat kot. Justin dan Dylon aje yang ada. Sempat juga suruh depa kumpul surat khabar lama boleh buat jual isi tabung BB. Habis 3.30 ptg baru terima surat untuk ke Sg Besar. Dah bertembung pula dengan ponnu cek ..dia pun nak kena pi kursus 3 hari..tapi tak le bermalam. Cek bermalam kat Kuala Selangor - satu malam je. Dah pulak dimintanya nak bawa NB cek ni.. Cek nak pakai apa...mati kutu cek tak ada NB nanti. Tapi dek tak nak bising ... bagi aje le. Dah habiskan malam ni pindah bahan ke Ext.HDD untuk dibawa esok. Bahan pun dok kena check balik dua tiga kali..takut tercicir pula...kalau cicir cirit cek !!! Dah selesai pun....tinggalkan packing je lagi. Esok tak boleh nak blogging ...sampai malam Rabu la kot jumpa lagi. Da !!!

No comments:

Post a Comment