Dengar khabar gaji dah masuk hari ini. Semua kakitangan kerajaan tentu senyum lebar tapi berapa lama boleh tahan senyuman tu. Bukannya apa kakitangan kerajaan ni kan bak kata pepetah...keluar pagi balik petang,dapat gaji bayar hutang...he he jangan mare !!!
Pagi tadi ni cek pi hospital check darah..dah tertangguh lebih 1 bulan. Appointment bulan Jun lalu tapi dek sebab banyak minggu keluar je....mana sempat nak pi. Hari ni pun sebab lepas check sugar dalam darah bawah 10, tu yang gagah juga pi. Sebelum makan tadi -masa nak keluar ke sekolah - cek check 7.3 je, lepas pihak hospital check - 8.0. Doktor (pompuan India budak lagi) kata tinggi - dia banding dengan 4 bulan lepas 6.8. Kalau cek pi la lepas balik duduk kat hotel, lagi terkejut tenuk doktor tu. Tak kisah la tu, nak tipu doktor pun maknanya tipu diri sendiri juga kan. Selesai urusan kat hospital dah pukul 11.00 pagi.
Balik ke sekolah tak banyak yang boleh dibuat. Tengok email ada satu yang boleh dkongsi bersama GPB lain, cek pun upload kat dalam blog - pasal APICTA. Esok cek nak kena buat dan hantar sebelum 26 pulak dah.
Petang ni nak hantar Trajet tukar bateri. Sebelum tu nak pi dengar ceramah jaga badan pesakit diabetis.
Thursday, July 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment