Monday, July 6, 2009

PENGALAMAN YANG BARU

Hari Sabtu lalu, lepas teman jalankan kursus untuk gur-guru SKKKB2, teman kena pergi ke Damansara Utama. Pada malam tu ada majlis akad nikah anak sedara teman. Teman nak kongsi pengalaman membuat perjalanan dari KKB ke Damansara Utama - bukan memandu kereta macam biasa tapi menaiki bas.
Teman keluar dari rumah pukul 3.00 petang. Teman berjalan dari rumah ke simpang jalan besar sebab dalam taman perumahan bas tak masuk. Tak kira la tu..jalan sekejap je. Di simpang jalan tu teman tunggu la kot ada teksi sapu ke, ada orang yang kenal teman boleh tumpangkan ke...tapi hampa. Dari 10 buah kereta yang lalu semua pemamdu pompuan. Masa tu ada kenduri kahwin kat Taman Ampang Indah. Teman pun dah terlupa pasal tu...tak dapat nak pergi pun. 3.20 ptg bas MARA LINER pun lalu dengan laju. Teman sempat angkat tangan sekali bagi isyarat. Driver bas pun beam lampu sekali bagi isyarat. Dalam laju-laju tu pun bas berhenti ambil teman. bayar 70 sen ke stesen bas KKB. Turun bas naik bas ke Rawang pula (Metro). Tambang RM3.00. Perjalanan bolehlah tahan ..slownya. Driver siap bersembang dengan kawan-kawan sambil memandu. Tak la bahaya sangat. Kalau berlanggar pun tak le sampai bas boleh terbalik.
Sampai di Rawang, teman tengok orang turun kat simpang (tak sampai stesen pun) ...senang melintas ke stesen komuter, teman pun ikut je. Sampai ke stesen, komuter dah sedia menunggu. Dek sebab teman pakau touch'n'go tak payah le teman beli tiket. Dalam pukul 4.30 ptg komuter bergerak ke KL Sentral. Sesampai kat KL Sentral teman cari bas ke Damansara. Lepas melilau nak cari maklumat, teman tanya le orang yang ada kat situ. Dalam masih mendapatkan maklumat, pukul 5.10 ptg bas U82 pun sampai. Teman tengok elok je penumpang beratur tapi ada juga yang pakai menyelit - berebut la tu takut tak dapat tempat duduk. Teman pun turut menyelit. Dapat le tempat duduk. Dalam bas tu teman nak cerita bagi pelik sikit, tak macam bas biasa. Tempat duduk 80% selari dan 20 peratus melintang di bahagian belakang - bertingkat lagi. Yang selari pun bertingkat juga. Masalahnya .....masalah ke? ....bila ada kaum hawa yang berdiri(bergayut) di depan, mata sapa yang duduk bersetentang dengan bahagian yang menerujakan(?) - lu fikirlah sendiri. Sebab tu le kot ramai yang suka naik bas - selain murah - tiket RM2.00 dari KL Sental ke One Utama. Akhir nya teman sampai ke tempat yang dituju pukul 6.00 petang lepas tercepat turun bas dan tersesat pilih jalan dan terpaksa tunggu anak buah teman datang ambil. Pengalaman hebat buat teman.
Hari Ahad dari pagi hingga larut teman berada di rumah kenduri yang sama. Biasa la rumah orang kenduri. Rumah pula depan jalan raya. Sebelah jalan ditutup untuk khemah, sebelah lagi jadi laluan kenderaan. Dalam keadaa sibuk macam tu pun ada pemandu yang nak tunjuk lagak - nak pecut tak menentu. Jadi dengan sukarela teman la jadi trafikman selain jadi cameraman dan penyambut tetamu. Majlis berjalan lancar dari 12.oo tgh hingga 4 petang. Tapi yang tak seronoknya ada kes yangberlaku. Ini teman bagi tau sebagai peringatan kepada rombongan kahwin tak kira di mana-mana anda berada. Dalam orang sibuk-sibuk meraikan pengantin dalam rumah, kereta pengantin yang dipenuhi barang-barang hantaran dan sedikit sebanyak barang kemas, telah diceroboh (nilai kecurian RM20 000). Tiada tanda pecah tingkat. Tiada tanda kena umpil. Tempat kunci saja ada tanda dibuka dengan paksa. Maknanya pencurinya mesti sindiket yang terlatih - mampu membuka pintu kereta dengan menggunakan kunci khas. Malang sekali sebab kereta tidak dikunci pakai remote. Jadi alarm tak berfungsi.
The Moral of the Story - JANGAN TERLALU YAKIN DENGAN KESELAMATAN DALAM NEGARA MALAYSIA YANG AMAN DAMAI INI!!! JANGAN TINGGALKAN KERETA YANG ADA BARANG BERHARGA DALAMNYA TANPA PENGAWASAN !!!

No comments:

Post a Comment