Wednesday, July 8, 2009

RABU 8 JULAI

Semalam merupakan malam yang mengecewakan. Sekembali dari sekolah, cuba untuk sambung catatan semalam namun kecelakaan tidak diduga. Cubaan untuk masuk ke blog ini tergendala kerana entah mengapa tak boleh langsung lancar IE. Pada kiraan teman ISP ada problem (streamyx la tu) tapi peliknya kat PC boleh pula log in dan lancar IE. Peliknya lagi tak mahu pulak bagi sign in kat blog mana-mana pun. Tak ke mengecewakan. Ni ada cerita pasal koniciwa Jepun...tunggu buku diterbitkan 10 tahun lagi. Jadi semalam buatla kerja-kerja mengedit video clip. Siap clip special punya...selawat sambut pengantin. Kalau nak beli orderla..boleh pasang masa nak kahwin nanti.
Hari ini seperti Rabu-rabu biasa - kelas 3 sekali....antara 7.30-8.50 sempat semak email dan balas mana yang patut...ternampak pula folder PPICT...print out a copy prosidur membuat aduan kerosakan online pakai TST. Tak tak lupa terus, esok-esok teman muatnaik kat gogoglegroups gpb.Kontek helpdesk..rupa-rupanya Shima yang jawab. Bukan Shima Sg Pusu tapi Shima BTP...suaranya tak berubah....maksud teman..dia tak pindah tempat kerja lagi...macam teman dah 31 tahun kat sini. Lepas keluar kelas...sambung kerja terhenti dan cuba nak kemaskan fail-fail yang ada..tengok jam dah pukul 11.10 - loceng pun berbunyi...masuk la ke kelas semula teman. Habis pukul 12.30...baru nak buat kopi...minum..dan check blog untuk update blog KBK...& asrama....masuk kelas semula sampai waktu balik. Sempat teman balik ke rumah ...kado hajat..solat johor(kata org jawa) dan kembali ke sekolah. Di dewan ada ceramah alam sekitar anjuran Kelab Geografi (tengok je http://www.kbksm3kb.blogspot.com) teman juga nak godek PA system sebab yang ada semua tak boleh nak digunakan.Teman tolong je sebab dah diminta tolong. Sambil tu berlari ke bilik mesyuarat untuk mesyuarat jk asrama ke 6 (tengok je http://www.asramasm3kb.blogspor.com ) Semuanya selesai jam 5.15 petang.
Peliknya hari ini line clear je. Sebelum masuk tidur ni, teman sempat siapkan video clip ceramah tadi ..tengah upload ke blog...dan update blog ni. Jadi the morale of the story.. MALAM INI MALAM YANG MENGGEMBIRAKAN ....!!!!Maknanya?????hmmmmmm. TAPI AWAS ESOK SEDANG MENANTI....GOD'S WILLING!

No comments:

Post a Comment