Friday, July 17, 2009

Laporan dari KT

Teman berada di Kuala Terengganu pada 14 (bertolak jam 3.00 ptg -sampai 11.00 mlm) hingga 16 Julai lalu. Dalam perjalanan teman dapat satu idea. Mulai posting ini teman nak tukar gantidiri teman kepada cek. Cek orang Penang bukan orang Perak. Selama berada di Hotel Seri Malaysia, cek memang nak hantar posting tapi kecewa. Kat HSM memang ada line, percuma tapi yang peliknya banyak benda tak boleh nak buat. Buka laman boleh, tapi nak log in mula-mula problem lepas tu boleh tapi tak boleh boleh nak hantar posting. Buka email tak boleh nak reply - baca je. Dah dekat nak balik boleh nampak lancar sikit ...dengar sinar.fm pun ok.
Itulah kisah di Hotel Seri Malaysia. Ok ya..ada yang tertanya buat apa cek kat KT. Cek menghadiri Konvo anak lelaki cek kat Universiti Malaysia Terengganu. Semuanya selesai dengan lancar pada 15 Julai. Pada waktu tu jugalah pasukan pemantau datang kat sekolah.
Ni cek nak bagi tips kepada sesiapa yang pergi ke Terengganu nak cari keropok atau nak makan-makan.
Kalau nak beli keropok, orang sana kata kat Losong banyak dijual di tepi-tepi jalan. kat pasarnya tak payah le gi..dah le tak banyak, mahal pulak tu....1/5kg siap bungkus RM8.00 (1kg RM16.00? - mahal tu!). Kat tepi jalan boleh beli keropok lekor je tapi lani dah kemas sikit...siap bungkus pakai kertas berjenama pengeluarnya (iklan le tu). jadi kalau nak beli keropok kering, beli kat Pasar Payang. Harga saingan hebat dari RM14.00 sekilo sampai RM7.00 sekilo ikut jenis ikan. Keropok sotong dan undang boleh dapat Rm14.00 sekilo (3 paket 1/2 kilo RM20.00) - bahagian bawah pasar. Kat atas pasar harga lain sikit. Nasihat cek pusing habis kedai minta harga kurang (paling rendah RM7.00 sekilo) sebab saingan hebat kat situ. Tu pada keropok.
Yang menarik perhatian cek masa kat Pasar Payang tu ada jualan buah binjai. Buahnya besar juga. Tapi cek tak tertarik nak beli sebab kat KKB pun ada satu lagi pokok (yang tinggal kot?) yang dah mengeluarkan buahnya 2 kali tahun ini. Pokok orang bukan pokok cek tapi boleh diambil percuma...bertaburan je gi kutip.Cek dah kutip berkarung-karung bagi kat teman-teman.
Satu lagi buah yang dah lama cek tak tengok...buah setoi (kata orang Penang) nanti cek tunjukkan gambar buah tu. Kalau masak betul (kuning pekat warnanya) isi dia manis dan gebu. Tapi yang kat KT ni, depa ambil yang separa masak...masam dan bergetah...depa lebih suka buat masak lemak. Lani pokoknya memang susah nak jumpa. 10 tahun dulu kat KKB ada sepokok tapi dah ditebang untuk pembangunan...mana bangunannya?
Lepas tu cek nak bagi tau, kalau nak makan sotong celup tepung, udang celup tepung, ketam celup tepung dan apa-apa lagi celup tepung, cari la kedai makan dekat dengan lapangan terbang. Murah pun murah dan berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment