Wednesday, July 29, 2009

Rabu 29 Julai

Pasar Malam.....itu kemudian cerita..apa pun dah lama tak hujan tetiba pagi ni hujan sbb tulah Sultan Selangor..ada ceritanya tau.. tapi bukan buat masa ni. Kalau ada yang berminat nak tau boleh cek ceritakan kemudian. Hari Rabu seperti biasa...dengan perut yang rasa tak sedap ni ditambah kelas yang berderet, ada pula aktiviti asrama pukul 2.00 ptg...MAKA bertambahle peningnya nanti. Apa pun tengok dulu keadaan...fikirkan yang belum pasti kan tak elok untuk kesihatan. Apa yang datang terima dengan rela dan senang hati...boleh buat buat tak boleh buat tak usah buat..itu prinsip hidup cek. Dalam pada tu pengetua minta cek ikut serta mesyuarat petang esok. Sebelum tu kena siapkan borang yang draft dah disediakan. Sebelum habis sebut pisang, borang tu dah siap.
Jadi masa pun berlalu. Masuk kelas seperti biasa walaupun ada pengumuman majlis di asrama akan bermula jam 1.10 tgh. Dapat satu akal....ada sorang pelajar asrama nak jadi ahli briged (lepas kempen semalam la tu), jadi trus minta dia jadi jurugambar. Cek pi la lambat sikit...lepas kelas dah pukul 1.50....tok tek tok tek..dah 2 lebih...sampai asrama semua tengah dok makan....terlepas lah cek nak dengar ucapan-ucpaan (?) ..betul ke ni? Lepas makan layan pulak ponnu cek nak guna makmal...tup tup tak terlaksana...ahli tak mai sebab dah masuk ke kelas tambahan pulak. Cek pun calo sebelum 3.30 ptg. Lepas zohor ingat nak lelapkan mata tapi dah mula sentuh nb..siapkan Vitae Curiculum. Draftnya dah siap. Lepas ni sapa nak buat VC boleh upahkan cek je...tak mahal ..RM150 kalau nak isi borang Guru Cemerlang pun upahnya cuma RM100. Buat karangan untuk borang tu RM100 je. Tak payah susah-susah fikir nak jadi guru cemerlang. prepare le untuk tahun depan.Jangan gopoh-gopoh..tahun ni ambil PTK dulu....nak silibus dia pun cek boleh sediakan...RM??? je. Minta maaf le ye. Cek letak harga untuk perkhidmatan yang cek nak tawarkan sebab 25 tahun cek bergelumang dengan IT, tak banyak peluang cek nak buat duit sisipan. Ni baru nampak ada peluang...bukan apa nak bantu kekawan berjaya. Kalau dapat jadi Guru Cemerlang cek tumpang syukur, bahagian cek dapat sekali, depa dapat tiap-tiap bulan. Betul tak?
So okay la...sekian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment