Thursday, July 30, 2009

Malam Jumaat

Baru lepas tengok keliwon...keranda terbang...makin hari makin merapu cerita-cerita tu. Kan lebih baik difilemkan koleksi cerita-cerita rakyat untuk tontonan bebudak zaman sekarang. Bior le....gamaknya ye.
Hari ini telah berlalu. Hari esok menanti selalu. Sepanjang hari ini dapat bereskan beberapa tugasan - terancang dan mendatang. Tugasan yang terancang - maklumat keperluan tambahan makmal sains dan makmal komputer siap difakskan ke jabatan. Bahan pengetua untuk mesyuarat petang siap difotostat. MDEC call sebab butiran untuk APICTA tak lengkap pun sempat diselesaikan sebelum balik jam 5 petang. Dapat hadir mesyuarat dan senarai untuk pencerapan siap dicetak. GITN pun dah ganti semua router dan oulium. Tengah siapkan jadual makmal untuk bulan Ogos dan mendatang - bahan multimedia untuk majlis pertemuan waris asrama esok. 2 dah siap, lagi 2 kena edit semula. Mantan pengetua minta tolong buat dokumentari untuk permohonan DG54...dah setkan hari sabtu pagi. Petang sabtu tu dah kena jadi jurucakap peminangan orang sebelah rumah. Maknanya kerja tak pernah siap kan? Terima aje la...Allah akan bereskan segalanya. Dah tutup mata pun nanti kena pula jawab di sana...ntah-ntah lagi berat tanggungannya, kan?

No comments:

Post a Comment