Tuesday, July 7, 2009

Tuesday 7 Julai

Sehari lagi telah berlalu. Semalaman semalam menyiapkan tapak dan testing untuk live broadcast perkahwinan anak sedara yang akan berlangsung di Simpang Pulai Sabtu ini (www.tv4s.blogspot.com). Sebelum tidur jam 11.30 mlm sempat siapkan jadual penggunaan Makmal untuk bulan Julai. Baru siap print untuk edaran. Tapi untuk individu kenalah download dan print sendiri dari sm3kbian@googlegroups.com Latihan dah diberi kepada guru-guru, tinggal sekarang kena rajin-rajin berlatih & gunakan. Kalau tak digunakan tak guna le kan. Mana Budaya Bestarinya kalau semua nak diprint (paperless la katakan). SAYANGI ALAM SEKITAR.
Hari ini kembali seperti biasa - masuk kelas, update blog, semak email, pantau makmal dll. Petang ni dah ada booking nak guna makmal, 2.30 petang. Relief kelas ada satu - 11.10-11.50 Kelas 5SI - subjek tak tau - itupun terpaksa buat tak kisah. Walaupun dah berkali-kali bagi tau GPB ni ada kerja-kerja yang mendatang (tak diduga - spt GITN nak check peralatan, tetiba line problem, troubleshoot masalah connection - masalah WIFI tak dapat nak dikesan lagi ni - buat housekeeping server dll), tapi masih ada yang tak faham ke apa?

No comments:

Post a Comment