Monday, May 10, 2010

Mei 10

Isnin - Hari ni awal-awal dah ada program. Sampai jam 7...lepas tu terus sedia untuk bagi taklimat kepada guru tingkatan bab SAP dan intro SPS-kehadiran murid. Seperti biasa tak semua hadir ...yang hadir pun ada tak tepat pada waktu. Tepat 7.30, ana mula tak peduli cukup ke tak cukup korum...masa terhad. Jadinya ok juga selesai 2 bab sekali jalan.. walaupun laju dan ringkas rasanya kalau diberi perhatian boleh dibuat.Tapi macam biasa juga...ana cakap kat depan, ada juga yang sibuk buat taklimat sendiri. Penutupnya ana bagitau kalau ada masalah problem terus jumpa ana atau call,,,atau email,,,atau masuk FB. Laporan pun dah siap. Tak lama lepas tu kontraktor bangunan baru sampai...selesai urusan dengan dia...tapi Bayutronik je tak sampai-sampai. Sejak lepas habis taklimat terus handle aduan yang disampaikan 5 orang guru. Semua bab ahli dalam kelas tak kena. Baru nak buat tambah ahli, sistem pula ada masalah. Buat aduan la pulak dan tunggu sampai aduan dilayan...selagi tak diambil tindakan, tak buat nak proceed dengan kerja tu. Pukul 1.30 ke asrama...pantau minggu ni bertugas. Hari ni pantau makanan...jadi tryla hidang hari ini...ikan goreng kicap (masin yg amat), gulai telur (sedap), pecal sayur dan betik. Ok la kalau nak betul-betul kenyang lebihkan nasi je. Pukul 2.30 ke sekolah ..ambil barang2....on the way singgah pejabat imigresen....ambil borang lagi. Sampai rumah dah pukul 3.00. Solat zohor...scanning lagi majalah tahun 1974..sampai malam. Ni dah nak masuk tidur...dah jam 11.

No comments:

Post a Comment