Friday, May 21, 2010

Mei 21

Jumaat - Pagi ni rasa segar sikit....pening2 lalat pun dah tak terasa. Dah tahu pun puncanya......tapi biar la rahsia. Lepas cetak laporan kehadiran, pasang surah as-sajda dan yaseen, semak email yang sempat..dah 8.30 pagi. Arrange untuk keluar ...8,45 bergerak ke Pejabat Agama...bantu Muhd Ali urusan bantuan Mualaf. Sampai pukul 9...pegawai semua sedang hadiri sesi bacaan yasin dan tazkirah (kata par yg ada kat kaunter).Tunggu sampai 9.20 baru dapat jumpa. Sdr Mohd Nasir yang mengendalikan unit Pembangunan Insan (Saudara baru). Banyak perkara yant ditanya tak dapat jawab - tujuan bukan apa nak bantu mana yang perlu untuk memastikan pengurusan mualaf lebih berkesan dan tidak membebankan kedua-dua pihak. Akhirnya daripada tak dimaklumkan seblum ni, baru disorongkan borang bantuan untuk anak-anak. Selesai jam 9.50..singgah minum kedai depan jalan ... kuah lontong pun tak boleh nak panaskan (tapi pekat baik punya).. kuih dijual 1 biji 40 sen...mula-mula ambil 3 ingatkan RM1.00 - bila dikata 40 sen..letak balik 2 - padan muka. Lepas tu berkejar balik ke sekolah sebab dah ada yang tunggu nak bincang pasal bahan untuk Hari Guru Daerah - kena siapkan movie tokoh - 3 orang pula tu. Tak lama lepas tu pengetua ajak terus pergi jumpa tokoh-tokoh yang terlibat untuk appoinment nak buat shooting. Bermula dengan rumah tokoh kaum Cina...lepas tu ke SK Tamil..cari maklumat tokoh kaum India..lepas tu ke rumah tokoh kaum Melayu. 3 tokoh guru - 1 Malaysia. Selesai semua ..balik ke sekolah dah 12.40. Sampai rumah dekat 1...legakan diri...dah 1.30. Tak sempat la gamaknya. Zohor je kat rumah. Lepas tu ke sekolah semula ambik ongumah. Semetara tunggu asar, siapkan laporan ziarah minggu lepas. Masak makan malam jam 6...siap ke mesjid untuk Magrib. Lepas tu ke mesjid besar, ada mesyuarat lepas Isyak. Ada kuliah bab tasauf...lama tak dengar kuliah Ust Omar Darul Atiq. Dia pun dah tak sihat betul selepas kemalangan (katanya). Mesyuarat pengurusan jenazah dan tanah perkuburan mula jam 9.30 sampai 11.30. Balik dah dekat 12 ..tidur lambat betul hari ini.

No comments:

Post a Comment