Tuesday, May 25, 2010

Mei 25

Selasa - Bermula tekanan kerja...kerja-kerja yang menuntut masa dan tenaga. Bekejar ke sana, bekejar ke sini....tambah lagi berurusan dengan orang. Sepanjang pagi cuba mulakan projek tokoh guru. Semalam terima jadual baru..ada sedikit perubahan masa. Hari ni pun ada relif 2 waktu akhir - 12.30-1.50. Bawa bebudak masuk makmal..suruh buat email ka, blog ka,,layan FB ke. Sekejap je dah masa nak balik. Ongumah pula ada mesyuarat panitia...tunggu sampai 3 ptg. Berkejar balik untuk solat sbb 3.30 dah ada janji nak ke rumah tokoh guru ke2. Sampai kat rumah dia 3.45...dia belum balik. Tunggu punya tunggu sampai 5.15..tak timbul2 juga..on the way katanya. Habisnya balik dulu le..lepas minum teh, makan kek dan pastri jem..manis2 semuanya. Balik dah 5.45...kado hajat...6 ptg baru dapat solat asar. Siap pula nak ke Shah Alam.. mesyuarat JK Alumni pertama- bermula 8.00 mlm. Sampai ke Shah Alam elok2 8.00mlm..cari rumah tak jumpa habis masa 30 minit. Masuk ke rumah tempat mesyuarat dah dekat 9.00 mlm. Nasib baik tengah makan (nasi Arab hidangannya)..sampai lagi 2 jk..bekas pelajar juga..jadi ada la teman sembang sambil makan. Mesyuarat dah mula...bior le. Tok tek tok tek sampai 11> baru berhenti mesyuarat ....tu pun sambung sikit lagi cerita-cerita lama - ALUMNI la katakan, kalau tak cite pasal kisah lama tak sah la kan.....keputusan mesyuarat ..kena uruskan biro ICT dan Komunikasi. Bergerak balik dekat 11.30 ...sampai rumah 12.30 pagi. Tidur 1.00 pagi...ambik kau!!!

No comments:

Post a Comment