Saturday, May 15, 2010

Mei 15

Sabtu - Nak kata hari sekolah tidak juga..tapi semua kena datang. Ada Gotong Royong perdana sempena hari Guru tapi tak boleh jagi sekolah ganti. Apa pun program yang berjalan, ada satu lagi clip nak siapkan sebelum kerja-kerja pemasangan peralatan untuk mesyuarat alumni. Sementara rendering, cuba test LCD...satu pulak dah rosak. Cadang nak pakai 2 cancel je...tengok kat 1 je la. Mesy mula 10.30 pagi...dapat tayang semua yang dibuat tapi tak ramai nak tengok....sebab tak ramai yang datang awal. Selesai semua 1 lebih. Settle pula hal dengan syarikat wiring sebelum tinggalkan kawasan sekolah, Lepas zohor, dapat tidur - mata letih, kpala pening -sampai 6 ptg. Lepas maghrib ke mesjid...ada pengajian pula...isyak jam 9...dah ada jemputan kenduri ..balik rumah 10mlm. Ni masuk kejap sebelum 11.00 nak masuk tidur.

No comments:

Post a Comment