Sunday, May 23, 2010

Mei 23

Ahad - lepas Subuh dah keluar...ke kolam ikan ingat adalah orangnya sebab minggu lepas terlepas. Ingatkan dah jadi rutinnya untuk ke sana setiap awal pagi...rupa2nya kena janji dulu. Balik semula ...baca paper, makan..jam 9 keluar semula ke Taman Damai - aktiviti gotong royong balai raya. Saja je cari bahan dan aduan untuk diketengahkan. Balik 12.30 lebih sikit..mandi..solat zohor..keluar lagi ke kenduri rumah Hj Karim. Anaknya Azman (sm3kbian 86) sedang belajar di England buat PHD. Lepas makan -2.30 ptg terus ke rumah kenalan lama- Ariffin yaakob - kena strok tapi cekal hati dan semangat tinggi..dah mampu berjalan dan bawa kereta lagi. Sebagai jiran setaman.ziarahlah juga sebab lama tak jumpa. Dari rumah dia terus ke tanah perkuburan lama di Taman Ampang Indah- survey keadaan sekeliling - tengah rancang nak buka semula tapi kena clear hutan belukar yang semakin menebal. Cuma ke rumah PPRT yang tak dapat sebab tuan rumah tak ada di rumahnya, Lepas tu singgah minum bersama ahli JKKK yang buat lawatan sampai jam 5.30. Sembang bukan sembang kosong tapi merancang untuk aktiviti JKKK - dalam masa terdekat nak buat mesyuarat khas pasal kubur, nak jumpa DO pasal 2 taman tak ada CF. Balik lepas asar...baring sekejap rehatkan mata. Bangun dah jam 7- ke mesjid ada kuliah malam ni. Selesai tugasan seharian jam 9.30 mlm...teringat la pula tak buka NB seharian hari ni..sekali update untuk hari ini sebelum masuk tidur.

No comments:

Post a Comment