Thursday, May 27, 2010

Mei 27

Khamis - malam Jumaat- kata setengah orang, setengah lagi tak kisah pun malam jumaat ka tak. Pagi ni mesti mula kerja buat bahan untuk Hari Guru....dalam pada itu perlu software yang sesuai. Nasib baik ada yang membantu....selesai bab dubbing. Tapi banyak kali conversion kena buat. Sebelum loceng balik..sediakan RPH. Sebab bukan hari Jumaat, tak la tergesa sangat nak balik. Ada la pula urusan sampingan nak diselesaikan. sampai rumah dah pukul 3.30 ptg..ada pula janji kena baiki Water Dispenser (Elken)...tersumbat la tu sabab 7 tahun tak pernah cuci apatah diganti. Dek sebab itu, melayang RM550 untuk gantian alat. Lepas Asar menghadap sekejap NB..tengok apa yang sempat. Masuk Maghrib dah berada di masjid.Malam ni ada mesyurat pemilihan JK...dah dilantik jadi Pengerusi Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah. Lepas isyak..lepas makan minum, pergi pula ziarah penghuni PPRT...balik rumah jam 10.00. Mula buat kerja masjid...laporan yang perlu dihantar...sampai pukul 12.00 mlm...baru masuk tidur...malam jumaat yang memberi erti!!!

No comments:

Post a Comment