Thursday, May 13, 2010

Mei 13

Khamis - May 13 1969 peristiwa hitam dalam sejarah negara...ada yang nak provoke bangkitkan kenangan silam dengan mengadakan perhimpunan...yang meluluskan tak fikir ka yang tersirat??? So hari ni masa habis untuk siapkan bahan PKPSM....akhirnya dah sedia untuk print, burn cd dan hantar..esok la. Dalam pada itu ada surat pasal pertandingan multimeidia Jepun. Untuk kerjasama 3 guru ict, buatkan surat edaran dan makluman..siap dah bagi kepada yang berkenaan. Sambil-sambil tu tengah fikir-fikir lagi nak buat bahan untuk sabtu ni. Yang ada pun dah kira cukup..tapi saja nak standby. Akhirnya jam 1.00 masuk kelas sampai 1.50. Lepas tu waktu balik terus balik je...hari ni kena bawa tidur petang...pagi tadi bangun rasa tak puas tidur. Hujan pula turut dengan lebatnya....lagi la sedap tidurnya. Bangun 5.30 ptg...tok tek tok tek dah nak masuk maghrib. Hajat hari nak solat maghrib kat asrama tapi tergendala...perut tak selesa. Maghrib kat rumah je..ke asrama sebelum Isyak. Dapat jemaah dengan bebudak asrama...bagi sikit tazkirah untuk perbaiki amalan harian. Check menu minum malam...mee hailam. Baru nak dibagi rasa..tengok ada ayam...cancel. Anggap sedap je le. Balik rumah dah pukul 10 mlm. Ada 1 jam lagi sebelum masuk tidur untuk mulakan buat movie alumni...kalau sempat.

No comments:

Post a Comment