Tuesday, May 18, 2010

Mei 18

Selasa - Kalau ikut schdule- macam-macam nak buat hari ni. Sempat selesaikan atau tidak bergantung kepada masa dan keadaan. Haari kelaurga TK belum keluar edaran sebab tunggu senarai ahli drp Bendahari - dah masuk 1 bulan lebih tak dapat-dapat lagi. Senarai nama dah siap cuma nak isikan maklumat je, pun tak settle sampai lani.Berkejar-kejar juga hari ni buat kerja. Masuk relif 2 kali...masuk keluuar...masuk keluar. Ni dok tunggu pengetua nak bagi bahan tambahan untuk PKPSM....dia minta masuk bilik dia dari pagi tadi...pi tengok tak ada pulak dlm bilik....kali kedua ada orang...kali ketiga pun ada orang. Dah time nak balik baru dibagi bahan ..tu pukul 2.30....nak bahan pukul 5 ptg. Dalam pada tu nak berkejar ke pej imigresen...minta pula surat beranak anak bawah 18 tahun nak buat pasport. Yang kat rumah kerja tengah bekejar...printing dah siap, burn CD tak boleh la pulak. Sementelah dah nak kena keluar...hantar surat beranak...terus ke sekolah ambil CDROM dan GL untuk app anak di klinik gigi Rawang. Balik settle kerja 1....keluar hantar ke rumah pengetua sebab dia nak gi mesyuarat esok di Kuala Selangor....tersu ke bengkel baik brake pad dan brake disk. Sambil tunggu makan roti canai telur dan rojak...kira makan malam sekali la tu. Sempat tanya kerja kosong untuk sedara baru...kerja memang ada..jadi nak lagi jumpa 9 mlm ni. Balik rumah dah 7 mlm...sempat mandi..keluar ke mesjid bawa 2 orang anak mualaf tu ..perkenalkan kepada jemaah dan mula mengaji. Ada pulak yang sedia nak mengajar...sampai isyak. Lepas isyak ke kedai roti canai bersama Md Ali (mualaf)...sampai 9.30 tokeh nya tak nampak batang hidung. Md Ali pun macam tak suka nak kerja situ...time kerja 2 ptg-2pg (12 jam)...jangkamasa yang panjang dia kena tinggalkan anak isterinya. Ini bukan soal rindu ke apa..tapi soal risaukan keselamtan anak isteri yang diancam keluarganya sebab menjadi Muslim. Dalam pada tu feedback yang dapat..dia minat dan ada pengalaman dalam kerja-kerja luar - kontrak - supaya lori miliknya boleh digunakan. Dalam pada itu juga, terlintas idea untuk gerak kerja JKKK aktiviti menziarah ni perlu termasuk orang sakit, baru bersalin,kematian (tak kira bangsa) dengan peruntukkan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri. Balik ke rumah elok2 pukul 10mlm...dah tak selera nak sambung kerja yang sedia menunggu - akaun UPK, gambar UPK, minit JKK, laporan JKK...untuk santai2 jamu mata tengok cerita NCSI sampai 11 mlm.

No comments:

Post a Comment