Sunday, May 2, 2010

Mei 2

Ahad- Cuti seperti biasa. Ingatkan tak perlu keluar dari rumah hari ni...tapi dah nak kena gi Serdang lagi. So jam 7.30 gi kebun sebelah rumah tu..nak keluarkan peluh sikit tapi peliknya suasana tak panas jadi peluh pun tak keluar. Lepas cantas itu ini...dapat 2 pelapah kelapa untuk daunnya diraut jadi lidi.Jiolok kepala tua dapat 10 biji. Sambil tu terkenangkan konsep 1 Malaysia...yang tak kesampaian di taman ni. Jiran Cina sedang adakan majlis anak dia kawin kot. Jumaat malam tu ada makan2. Pagi ni sambut pengantin la kot. Jadi ramailah tetamu datang. Yang menjadi persoalan dalam fikiran ni....dia dengan hal dia...tak ujud suasana kemesraan berjiran. Bukan harapkan nak makan tapi orang kata apa hidup berjiran. Maknanya apa? Konsep kejiranan di taman ni tak ujud. Sama ada jiran Cina maupun jiran India. Bukan apa ana teringat pada suatu hari raya...masa deme baru pindah duduk kat taman ni. Pagi tu ana hantar juadah raya ke rumah jiran Cina tu tapi ditolak..tak mau terima. Jiran India ok la pulak...terima cumanya masa Deepavali tak ada pulak dia nak hantar apa-apa. Maknanya tak pandai berbudi bahasa. Jadinya ana fikir sesuatu perlu dibuat di taman ni supaya kemesraan berjiran tu ujud. Tapi sapa nak buat? Habis kerja raut lidi dapat segengam. Peluh tak keluar juga...memang cuaca tak panas. Masuk dah dekat jam 10.30 pagi...makan, ceplup, mandi...dah hampir 12 tgh. Bergerak ke Serdang.....sampai dah dekat 2.30. Round pekan Sri Serdang...cari kasut boot ...RM40.00 kat kedai kasut di sini. Misi hari ini nak potong rantai ikat basikal untuk dibawa balik basikal tu. Tapi gagal...kena datang skali lagi...bawa spanner pulak. Bergerak balik singgah kat Petronas solat...terus pulang..sampai rumah jam 5.00 ptg. Sampai ke malam tak buat apa sangat..santai2....tengok AIM17..masuk tidur pun 11.30 mlm.

No comments:

Post a Comment