Tuesday, May 4, 2010

Mei 4

Selasa - Pagi-pagi dah kena order lagi. Tak cakap awal-awal dari semalam. Ni nak kena hantar anak sorang lagi nak balik Skudai...ada latihan lawn bowling. Kena hantar ke stesen komuter. Sampai juga kat sekolah jam 7 pagi....pecut giler. Hari ni lepas kerja rutin- laporan kehadiran staf - print masuk fail - tergerak pula nak terus kemas bilik. Alas papan yang jadi meja letak monitor server dah selemat ditanggalkan. Letak susun meja kerja pun dah beralih. Sampai waktu balik masih belum kemas betul..sampah sikit-sikit belum dibuang. PC dan monitor nak kena bawa ke stor..baru nampak lapang dan kemas bilik server. Kerja-kerja lain semua terlupa terus - nak call penghulu, nak buat surat notis mesy JKKK, dan susunan kerja lain - semua tertangguh dengan sendirinya. Apa pun ruang untuk letak cabinet baru dah tersedia. 2.30 dah balik rumah. Seperti hari-hari yang lepas bila tak ada aktiviti di luar, makanya aktiviti dalam rumah berlangsung - dari 3 sampai 6 ptg -tidur! Cukup masa untuk solat asar, buat printing sikit, masak makan malam oat rebus peria dan cili api - meleleh air hidung baru terasa puas. Lepas isyak kat sini .....sampai ntah jam berapa. Mata rasa macam nak tidur lagi. Petanda tak berapa baik? Memang badan rasa tak berapa bermaya...tak bersemangat. Dah dekat 3 minggu tak makan nasi....pagi minum susu+nestum. Pukul 10-11 makan berat sikit- mihun/kuehtieu sup sayur...tadi makan sayur campur+telur goreng+bragadil. Sampai rumah roti 3 keping..tidur. Malam oat+sup sayur...sebelum tidur biskut +susu coco...sebab kena makan ubat sebelum masuk tidur...baru esok pagi bacaan glukosa rendah 5-8mmol. Strip yang dibeli 2 minggu lepas pun dah habis (2 botol @RM50 sebotol)...jadi tak dapat nak check.

No comments:

Post a Comment