Sunday, May 16, 2010

Mei 16

Ahad - SELAMAT HARI GURU - kepada semua pendidik, semua peringkat, seluruh negara. Kepada sekolah2 yang bersekolah hari ni..sambutannya hari ni la. Yang lainnya esok. Tapi apa pun walaupun cuti Ahad -program hari ni pack. Pukul 7.30 pagi dah ada temujanji dengan ketua unit upk nak ambil gambar kolan ikan diusahakannya di Pelasari. Bila sampai kat tempatnya tunggu punya tunggu, orangnya tak sampai2. Bila 8.30pg tengok orangnya dah sedia sejak 7.30 pg...silap dengar arahan. Rupa2nya katanya terus masuk ke hujung kolam dari 7.30 smp 8.30pg. Tepat 8.30pg dia dah nak balik. Tangguh he hari lain. Dari situ terus ke pekan ambil gambar kerja2 naiktaraf pasar peladang. Dari situ ke Sg Damar -lawatan JKKK. Sampai awal sempat baca paper. Jam 10 mula bergerak dapatkan maklumat - 6 orang yg datang. Lepas tu nak melawat sorang mualaf di Taman Ampang Pecah...sampai kat rumah - dia ke KL..ada hal mustahak. Tangguh ke 9 mlm. Dah 11 lebih. Siap untuk bergerak ke Serdang pula. On the way singgah makan tgh, singgah TESCO. Jam 2 lebih sampai Serdang. Dari situ terus ke Damansara...ziarah cucu sedara baru. Bergerak balik ke KKB dari 6.30 sampai 7.45 mlm...sempat Maghrib. Lepas Isyak keluar ke rumah mualaf tadi...tak ada yang datang pula. Ingat nak masuk tidur awal sebab letih sgt tapi teringat pula nak kena update blog...sambil tengok keputusan PRK Sibu. Cerita kat TV3 pula menarik...habisnya jam 11.30 baru masuk tidur.

No comments:

Post a Comment