Monday, May 3, 2010

Mei 3

Isnin - datang lagi...minggu pertama bulan kelima. Masa berlalu dengan cepat...kerja nak buat kekadang tak sempat. Yang perlu didahulu, yang terlupa bila teringat ana terpa. Sambil buat itu ini, datang pula kerja ini itu. Apa pun edaran untuk taklimat minggu depan dah siap untuk diedar..tapi bagi kat orang pejabat...3-4 hari rasanya tak kan settle. Esok nak kena tengok..kalau tak jalan..kena buat sendiri. Dalam pada itu, pandu JTK pasang network cable untuk PC pejabat. Lepas tu pi tengok kerja-kerja pendawaian dengan Ameer JKR...saja je kebetulan dah datang urusan JKKK. Tengah makan Pengetua pesan pula Sabtu ni kena pi sekolah tengok JK MSSM - Merentas Desa nak guna Bilik Mesyuarat. Baru nak kemas bilik server...pindah PC susun atur semula untuk cabinet baru masuk...dah time nak balik. Pukul 2.30 sampai kat rumah...janji dengan pembekal printer nak tengok apa masalah ink tak keluar. Tak lama dia pun sampai...tak lama dia buat selesai...elok macam baru. Ingat nak mula print yang ketinggalan....mata pun tak berapa nak tahan...tarik bantal baring sekejap...sampai 5.30 ptg. Solat asar....cari paspot lama tak jumpa lagi...mula printing...tengok Biggest Losers....solat maghrib...sambung kerja printing dan laminating...solat Isyak..kerja selesai. Ada 5 permohonan lagi untuk gambar masa hari Anugerah bersama Timb Menteri..tapi masalahnya tak kenal orang dengan gambar. Masalah lagi besar ada yang tak ada gambar....camne tu...orang dah order??? Jam di dinding baru menunjukkan jam 9.30 mlm. Masih awal untuk masuk tidur..tapi kepala rasa tak enak...rasanya glukosa dalam darah dah naik...belum makan ubat lagi. Lepas minum koko dan makan biskut 3-4 kepint..baru nak makan ubat..mandi dan masuk tidur.

No comments:

Post a Comment